Islamisasi sains: signifikasi dan kepentingannya / Che Haslina Abdullah

Islamisasi Sains merupakan tajuk yang hangat dibincangkan sejak dari dulu hingga kini kerana berlakunya kepincangan dan krisis akibat salah guna sains dalam sains kemanusiaan, kemasyarakatan dan alam sekitar. Kertaskerja ini akan mengupas mengenai sains dari perspektif Islam, pengertian pengislaman...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdullah, Che Haslina
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58377/1/58377.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58377/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Islamisasi Sains merupakan tajuk yang hangat dibincangkan sejak dari dulu hingga kini kerana berlakunya kepincangan dan krisis akibat salah guna sains dalam sains kemanusiaan, kemasyarakatan dan alam sekitar. Kertaskerja ini akan mengupas mengenai sains dari perspektif Islam, pengertian pengislaman sains dan sejauhmana kepentingannya kepada umat Islam hari ini. Proses ini penting bagi kita memperolehi ilmu pengetahuan Barat dengan visi Islam. Pencerobohan ilmu Barat moden ke seluruh dunia tanpa diselit dengan norma-norma kerohanian telah menjadikan umat Islam hari ini hilang arah tuju yang hakiki iaitu pengabdian kepada Allah dan selaku khalifahNya. Penguasaan ilmu moden telah menjadikan manusia hari ini menelusuri alam dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan irnplikasinya. Pengislaman sains/ilmu mempunyai signifikan yang sangat besar iaitu menjadikan semua ilmu dari Barat sebagai islamik untuk penghayatan dan pengamalan manusia demi kesejahteraan dan kemakmuran mereka dan alam ini seluruhnya. Di samping itu, pengislaman ilmu/ sains mempunyai tujuan yang lebih murni iaitu untuk mengenali Allah dari sudut kekuasaan, kebesaran, kebenaran dan keagungannya selaku 'The Greatest Scientist'.