Komposisi spesies pokok dua jenis hutan di Terengganu / Nik Hazlan Nik Hashim …[et al.]

Kajian ini dijalankan bagi menentukan komposisi spesies pokok di Hutan Simpan Pelagat (HSP) dan Hutan Simpan Bukit Terendak (HSBT), Terengganu. Sebanyak 10 plot berukuran 20 m x 50 m (0.1 ha) setiap satu telah dibina masing-masing di HSP dan HSBT mengikut kaedah Inventori Hutan Sebelum Tebangan. Ha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nik Hashim, Nik Hazlan, Zohari, Ahmad Fitri, Abd Rasid, Khairunnisaa, Zakaria, Shaikh Abdul Karim Yamani, Kamarudin, Norashikin, Mohd, Abdul Latiff
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58490/1/58490.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58490/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi menentukan komposisi spesies pokok di Hutan Simpan Pelagat (HSP) dan Hutan Simpan Bukit Terendak (HSBT), Terengganu. Sebanyak 10 plot berukuran 20 m x 50 m (0.1 ha) setiap satu telah dibina masing-masing di HSP dan HSBT mengikut kaedah Inventori Hutan Sebelum Tebangan. Hasil menunjukkan sejumlah 403 individu pokok berdiameter ≥5 cm pada paras dada (DBH) telah dicamkan di kedua-dua kawasan kajian, iaitu sebanyak 198 individu pokok yang tergolong kepada 28 famili, 57 genus dan 91 spesies di HSP manakala 205 individu pokok yang merangkumi 27 famili, 48 genus dan 65 spesies di HSBT. Bagi HSP, famili Dipteroearpaeeae merupakan famili terbesar dengan 5 genus dan 18 spesies manakala famili Lauraeeae pula telah direkodkan sebagai famili terbesar di HSBT dengan 6 genus dan 8 spesies. Hampir 9% daripada jumlah keseluruhan spesies yang dicatatkan di HSP adalah endemik untuk Semenanjung Malaysia manakala 8% pula dicatatkan di HSBT. Pokok yang mempunyai DBH terbesar di HSP adalah Shorea ovalis dengan ukuran 138 cm dan Shorea platycarpa yang mempunyai DBH 142.1 cm adalah pokok terbesar di HSBT.