Cattleya I / Nurul Izza Ab Aziz

Karya ini berjudul Cattleya I, bersaiz 297cm x 420cm dihasilkan oleh pelukis Mayoizza dengan menggunakan medium akrilik, pen dan juga marker. Karya ini didominasi subjek utama bunga orkid Cattleya putih dalam bentuk lanskap. Cattleya putih dan zaman kanak-kanak pelukis sangat berkait rapat. Cattleya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ab Aziz, Nurul Izza
Format: Book Section
Language:English
Published: Faculty of Art and Design 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58656/1/58656.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58656/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Karya ini berjudul Cattleya I, bersaiz 297cm x 420cm dihasilkan oleh pelukis Mayoizza dengan menggunakan medium akrilik, pen dan juga marker. Karya ini didominasi subjek utama bunga orkid Cattleya putih dalam bentuk lanskap. Cattleya putih dan zaman kanak-kanak pelukis sangat berkait rapat. Cattleya terkenal kerana bunganya yang sangat besar dan bentuk kelopak yang berlenggok di bahagian tepi bunga seperti renda baju membuatkan Cattleya ini seindah namanya, sangat cantik dari sudut pandangan mata. Dikenali juga sebagai Queen Of Orchid digambarkan pada karya ini persis seorang permaisuri dalam sebuah institusi keluarga. Karya ini mengenengahkan tentang kasih sayang, kehidupan, kerinduan pada sang ibu yang telah pergi ke dunia abadi. Fokus utamanya kepada Cattleya iaitu sejenis bunga orkid simpodium dimana pengakhirannya berakhir dengan pengeluaran bunga. Ia menggambarkan seorang ibu yang melahirkan zuriat sebagai penyambung keturunan. Pelukis menggambarkan liuk lentok kelopak bunga sebagai jiwa seorang wanita berkerjaya juga seorang ibu kepada sembilan orang anak. Ia jelas sifat lembut semulajadi Cattleya sebagai perjalanan membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang tidak berbelah bagi. Ia diterjemahkan dengan setiap kelopak putih Cattleya dan daun-daunnya sebagai pendokong kuat.