Nano-Killer / Nur Haninatasha Awang and Mohd Zamri Azizan
Covid19 ialah virus berbahaya yang bukan sahaja merebak di Malaysia malahan virus ini berterusan merebak ke seluruh dunia sehingga menyebabkan jutaan manusia telah ‘hilang’ akibat virus ini. Virus ini berupaya untuk menjangkiti manusia yang bermula dengan simptom-simptom jangkitan saluran pernafasan...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Art and Design
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59463/1/59463.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59463/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Covid19 ialah virus berbahaya yang bukan sahaja merebak di Malaysia malahan virus ini berterusan merebak ke seluruh dunia sehingga menyebabkan jutaan manusia telah ‘hilang’ akibat virus ini. Virus ini berupaya untuk menjangkiti manusia yang bermula dengan simptom-simptom jangkitan saluran pernafasan yang ringan seperti selsema biasa sehingga penyakit yang boleh membunuh seperti SARS. Penularan virus covid-19 ini bagaikan tiada henti kerana setiap hari terdapat jutaan rakyat telah dijangkiti dan angka kematian dengan jumlah yang luar biasa telah direkodkan. Hal ini amat membimbangkan seluruh masyarakat di serata dunia. Akan tetapi, penularan wabak merbahaya ini juga berpunca daripada sikap manusia yang cuai dan tidak menitik beratkan aspek kesihatan dalam kehidupan seharian. Jika tidak dicegah dengan lebih awal ianya bakal membawa kepada angka jangkitan dan jumlah kematian dengan lebih parah lagi. Namun begitu, para ilmuan telah mengkaji dan menemui langkah yang selamat dalam mencegah penularan virus yang merbahaya ini iaitu dengan penciptaan vaksin. Selain itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menggesa masyarakat agar sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan diri supaya negara kita bebas daripada wabak ini demi mengembalikan keharmonian yang telah hilang selama ini.‘Nano Killer’ dipilih sebagai tajuk arca kerana virus covid-19 ini sangat mikro dan tidak dapat dikesan dengan mata kasar. Objektif penghasilan arca ini agar dapat memberi kesedaran dan membuka mata masyarakat supaya sentiasa berhati-hati walau apa aktiviti dan agenda sekalipun yang ingin dijalankan. |
---|