Pembunuh-19 / Muhammad Amirul Haikal Azizzan and Mohd Zamri Azizan

Malaysia merupakan salah satu negara yang telah mengalami gelombang ketiga penularan wabak Covid-19. Virus yang ditemukan sejak penghujung tahun 2019 ini kian meledak dengan pantas di seluruh dunia dengan rakus meragut nyawa manusia tanpa dapat bertahan lagi. Sikap ‘tidak kisah’ rakyat Malaysia terh...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azizzan, Muhammad Amirul Haikal, Azizan, Mohd Zamri
Format: Book Section
Language:English
Published: Faculty of Art and Design 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59487/1/59487.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59487/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Malaysia merupakan salah satu negara yang telah mengalami gelombang ketiga penularan wabak Covid-19. Virus yang ditemukan sejak penghujung tahun 2019 ini kian meledak dengan pantas di seluruh dunia dengan rakus meragut nyawa manusia tanpa dapat bertahan lagi. Sikap ‘tidak kisah’ rakyat Malaysia terhadap bahaya Covid-19 boleh mengundang risiko dan menggagalkan semua usaha kerajaan dalam mengekang penularan virus ini. Peningkatan demi peningkatan kes serta pelbagai kluster dilihat muncul bersilih ganti disebabkan kurangnya sensitiviti masyarakat terhadap seruan kerajaan yang terang-terangan engkar terhadap segala kempen kesedaran dewasa ini. Dalam hal sebegini, kita tidak perlu lagi menunding jari memikirkan angkara siapakah penularan wabak ini kembali bertakhta semula. Sebagai individu yang bertanggungjawab dan sebagai rakyat Malaysia yang perihatin sebaiknya kita sama-sama memikirkan semula cara terbaik dengan beriltizam dan mematuhi segala perintah yang telah dikeluarkan oleh kerajaan agar negara kembali pulih seperti sediakala. Dalam menyahut seruan kerajaan pengkarya ingin turut sama memberi sedikit sumbangan berbentuk kempen kesedaran melalui sebuah karya seni bertemakan covid-19. Karya yang dilhamkan dalam bentuk arca ini dilihat dapat memberi satu kesan positif kepada masyarakat melalui pendekatan seni yang berbeza terhadap virus covid-19 yang menjadi isu sohor ketika ini. Penghasilan arca ini dimulai dengan merencanakan media yang tepat untuk memberi pengukuhan kepada karya. Media dan teknik pembuatan seperti ‘paper clay’ dipilih kerana mempunyai faktor kestabilan yang padu di mana arca yang akan dihasilkan nanti boleh bertahan lama.