Keberkesanan peranan Lembaga Pertubuhan Peladang dalam meningkatkan prestasi dan mewujudkan pertubuhan peladang kawasan berdikari di dalam negeri Perak / Ahmad Nazeri Abdul Rahman …[et al.]

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementenan Pertanian yang ditubuhkan pada 14 Februari 1973. LPP adalah tertakluk kepada Akta 110, Akta LPP 1973 yang diluluskan oleh Parlimen. Tujuan penubuhan LPP secara umumnya adalah untuk membina institusi peladang yang ungg...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rahman, Ahmad Nazeri, Abd Rahman, Abd Hamid, Noor, Siti Subaikah, Awang Ishak, Ahmad
Format: Student Project
Language:English
Published: 1999
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63034/1/63034.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63034/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementenan Pertanian yang ditubuhkan pada 14 Februari 1973. LPP adalah tertakluk kepada Akta 110, Akta LPP 1973 yang diluluskan oleh Parlimen. Tujuan penubuhan LPP secara umumnya adalah untuk membina institusi peladang yang unggul di luar bandar iaitu Pertubuhan Peladang (PP). PP adalah institusi yang dimiliki oleh peladang-peladang yang menjadi ahlinya dan tertakluk di bawah Akta 109, Akta PP 1973. Peranan LPP adalah sebagai pendaftar, agensi pengurusan dan sebagai agensi pembangunan PP untuk memastikan bahawa PP yang berdaya maju dan mampu berdikari dapat di wujudkan sepenuhnya menjelang tahun 2000 berdasarkan arahan kerajaan pada 15 Mei 1985. Berbagai-bagai bantuan dalam bentuk geran dan pinjaman telah disalurkan oleh LPP kepada PPK bagi tujuan melaksanakan program-program yang boleh memberi pulangan yang baik kepada PPK. Di samping itu kemudahan infrastruktur dan tenaga pengurusan juga turut disediakan kepada PPK untuk mencapai matlamat tersebut. Budaya korporat turut diterapkan kepada PPK agar PPK menjadi lebih berdaya saing di bidang perniagaan. Di dalam kajian ini, di dapati pencapaian PPK di dalam negeri Perak berakhjr tahun 1997 telah menunjukkan berlaku peningkatan dalam output program-program yang telah dijalankan dan terdapat juga peningkatan dalam bilangan PPK yang telah mencapai keuntungan dari operasinya. Walaubagaimanapun, setelah diambil kira fakta-fakta konsistensi mencapai keuntungan melebihi kos dibantu, PPK pada umumnya masih belum kukuh dari segi kewangan untuk membolehkannya hidup berdikari. Dari analisis tersebut didapati sebanyak 77.8 peratus PPK di negeri Perak berada dalam ketogeri PPK berpontensi sedang maju manakala 22.2 peratus PPK berada dalam ketogeri PPK berpontensi belum maju. Segala kelemahan yang ada harus diperbaiki dengan menetapkan dan melaksanakan stratagi-stratagi yang lebih berkesan khususnya untuk mengukuhkan kedudukan kewangan PPK, dan segala kekuatan yang dimiliki oleh PPK haras digunakan serta diambil peluang keatasnya agar PPK berdikari dapat segera di pastikan kewujudannya.