Konsep keselamatan rumah kediaman menurut kaedah fiqh / Zahari Mahad Musa

Rumah adalah sebahagian persekitaran dan mempunyai hubungan yang rapat dengan pembangunan insan. Pembinaan dan kesejahteraan kehidupan insan bermula dengan kediaman yang baik dan berkualiti. Ini kerana, rumah bukan sekadar ruang fizikal, malah ia menjadi tempat bermulanya interaksi sosial dan pemb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Musa, Zahari Mahad
Format: Article
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63538/1/63538.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63538/
https://jcis.uitm.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Rumah adalah sebahagian persekitaran dan mempunyai hubungan yang rapat dengan pembangunan insan. Pembinaan dan kesejahteraan kehidupan insan bermula dengan kediaman yang baik dan berkualiti. Ini kerana, rumah bukan sekadar ruang fizikal, malah ia menjadi tempat bermulanya interaksi sosial dan pembinaan komuniti yang sejahtera. Islam telah menetapkan garis panduan yang terperinci berkaitan rumah kediaman yang berkualiti. Malah rumah menjadi sebahagian aras piawaian kebahagian dalam kehidupan. Kajian ini bertujuan membincangkan salah satu aspek penting dalam sesebuah rumah kediaman iaitu aspek keselamatan. Fokus keselamatan berkaitan rumah kediaman akan ditumpukan kepada analisis data yang melibatkan kaedah-kaedah fiqh utama yang diambil berdasarkan nas-nas syarak atau huraian ulama berkaitan isu rumah kediaman. Tiga komponen kaedah fiqh yang menggariskan aspek keselamatan rumah kediaman ialah kaedah fiqh yang berkaitan konsep maslahah, dharar dan adat setempat. Selain daripada itu, aspek keselamatan rumah kediaman dalam Islam melibatkan keselamatan fizikal dan keselamatan bukan fizikal bagi mengatur kualiti kehidupan. Penelitian terhadap beberapa kaedah fiqh terpilih menunjukkan bahawa pembinaan sesebuah rumah kediaman menurut Islam mestilah dalam keadaan selamat untuk dihuni demi kelangsungan hidup bagi memelihara maqasid syariah.