Kesalahan penggunaan “indefinite article” dalam pembelajaran bahasa Jerman: kajian kes terjemahan ayat oleh pelajar tahap dua di UiTM Cawangan Pulau Pinang / Raja Rosila Raja Berahim and Noraziah Mohd Amin

Kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti dan menganalisis kesalahan tatabahasa bahasa Jerman dari segi penggunaan “indefinite article” yang dilakukan oleh pelajar tahap dua bagi kursus “Introductory German Level II” di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang. Kajian ini merupakan sebuah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Raja Berahim, Raja Rosila, Mohd Amin, Noraziah
Format: Article
Language:English
Published: Akademi Pengajian Bahasa 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63603/1/63603.pdf
https://doi.org/10.24191/ijmal.v3i3.7679
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63603/
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijmal/issue/view/686
https://doi.org/10.24191/ijmal.v3i3.7679
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti dan menganalisis kesalahan tatabahasa bahasa Jerman dari segi penggunaan “indefinite article” yang dilakukan oleh pelajar tahap dua bagi kursus “Introductory German Level II” di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang. Kajian ini merupakan sebuah kajian yang berbentuk kualitatif. Data kajian diperoleh daripada jawapan ujian penulisan pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik yang mempelajari bahasa Jerman sebagai kursus elektif. Jumlah peserta kajian yang terlibat ialah seramai 27 orang. Setelah mengenal pasti, menganalisis dan membandingkan kesalahan terjemahan “indefinite article” daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Jerman, dapatan kajian mendapati bahawa terdapat begitu ramai pelajar yang melakukan kesalahan penggunaan “indefinite article” dalam bahasa Jerman dengan betul iaitu seramai 25 orang daripada keseluruhan jumlah sampel kajian iaitu seramai 27 pelajar. Secara tidak langsung, kajian ini dapat mengenal pasti tahap penguasaan “indefinite article” bahasa Jerman dalam kalangan pelajar bagi kursus yang dikaji. Kajian ini diharapkan dapat membantu pengajar dan pelajar bahasa Jerman memperbaiki strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Jerman agar menjadi lebih baik, mudah difahami dan lebih efisyen.