Bengkel Perancangan Strategik UiTMCPP 2022: kurangkan keluhan, lebihkan kebaikan / Rofiza Aboo Bakar

Bengkel Perancangan Strategik 2022 UiTM Cawangan Pulau Pinang telah diadakan di Hotel La Crista, Melaka pada 24 - 26 Februari, 2022. Seramai kira-kira 56 orang termasuk Rektor Kampus, Timbalan-timbalan Rektor, Ketua-ketua Pusat Pengajian, Koordinator Perancangan Strategik UiTMCPP serta AJK-AJK Peran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Aboo Bakar, Rofiza
Format: Monograph
Language:English
Published: Academy of Language Studies 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63746/1/63746.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63746/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Bengkel Perancangan Strategik 2022 UiTM Cawangan Pulau Pinang telah diadakan di Hotel La Crista, Melaka pada 24 - 26 Februari, 2022. Seramai kira-kira 56 orang termasuk Rektor Kampus, Timbalan-timbalan Rektor, Ketua-ketua Pusat Pengajian, Koordinator Perancangan Strategik UiTMCPP serta AJK-AJK Perancangan Strategik setiap fakulti dan jabatan telah menghadiri bengkel ini yang dijalankan secara bersemuka selama tiga hari. Tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk memastikan UiTMCPP dapat mengekalkan kecemerlangan yang dicapai pada tahun 2021 dengan pencapaian cemerlang 96% PI yang turut menempatkan kampus tercinta ini berada pada tangga kelima dalam keseluruhan 13 kampus. UiTMCPP hanya ketinggalan sedikit di belakang kampus-kampus Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perak. Dalam sesi ucapan perasmian bengkel, Rektor UiTMCPP, Yg. Bbhg Profesor Dr. Salmiah Kasolang, telah menyatakan bahawa UiTMCPP beruntung kerana mempunyai kira-kira 30% staf yang tidak berkira keringat dan tenaga dalam memastikan bahawa kerja-kerja terlaksana dengan baik. Maka adalah diharapkan bahawa semangat ini turut dikongsi oleh kesemua staf yang tidak selalu berkeluh-kesah, tidak sekadar melepaskan batuk di tangga atau sambil lewa tetapi bekerja bersungguh-sungguh dengan meletakkan azam berbuat kebaikan kepada manusia dan alam sebagai matlamat utama.