Penilaian kesesuaian mata pelajaran bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK) bagi pelajar bukan natif / Heng Buai Chin and Neo Kian Sen
Kurikulum Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK) direka dan dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan (SK) dengan tujuan menarik minat ibu bapa keturunan Cina untuk menghantar anak mereka belajar di SK. Usaha ini secocok dengan polisi kerajaan untuk memperkasa status SK supaya menjadi pilihan utama ibu bap...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Research Reports |
Language: | English |
Published: |
Research Management Institute , Universiti Teknologi MARA
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/6450/2/6450.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/6450/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Kurikulum Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK) direka dan dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan (SK) dengan tujuan menarik minat ibu bapa keturunan Cina untuk menghantar anak mereka belajar di SK. Usaha ini secocok dengan polisi kerajaan untuk memperkasa status SK supaya menjadi pilihan utama ibu bapa semua kaum untuk menghantar anak mereka belajar di bawah bumbung yang sama, iaitu, sekolah kebangsaan. Objektif murni polisi ini ialah supaya kanak-kanak berbilang kaum dapat bergaul bersama sejak kecil lagi. Keadaan sebegini dipercayai akan menyumbang kepada perpaduan kaum. Dengan menawarkan kursus Bahasa Cina di SK, maka pelajar Cina di SK dapat mempelajari mata pelajaran bahasa Cina. Strategi kerajaan ini mungkin dapat menarik minat ibu bapa keturunan Cina untuk menghantar anak mereka belajar di SK. Namun subjek BCSK turut ditawarkan untuk dipelajari oleh pelajar bukan penutur jati termasuk pelajar kaum Melayu, India, Iban, Kadazan dan sebagainya. Pengkaji bimbang sukatan dan bahan kandungan BCSK yang pada asalnya ditujukan kepada penutur jati, iaitu pelajar Cina, mungkin tidak sesuai dijadikan subjek bahasa Cina sebagai bahasa kedua, maka kajian ini dijalankan untuk menyemak kesesuaian sukatan dan kandungan mata pelajaran memandangkan bahasa itu juga ditujukan kepada pelajar penutur bukan natif.
Sebanyak lima buah sekolah yang menawarkan kursus BCSK di negeri Selangor dipilih
sebagai sampel kajian. Empat kaedah kajian digunakan, iaitu penyemakan dokumen rasmi sukatan dan kandungan teks BCSK; soal selidik; pencerapan kelas dan temu ramah dengan guru BCSK. Pengkaji cuma menyemak kesesuaian kursus BCSK di peringkat Tahun 1. Soal selidik yang direka cipta adalah untuk memungut data tentang hasrat ibu bapa menghantar anak untuk belajar satu bahasa tambahan serta penilaian mereka terhadap isi kandungan yang ditawarkan dalam BCSK. Sebanyak 23 item yang perlu dijawab dalam bahagian ini. Sebanyak 78 naskah soal selidik telah dikutip balik dan kaedah analisis statistik dijalankan dengan menggunakan perisian komputer SPSS. Selain itu, lima kelas telah dicerap dan aktiviti pengajaran bilik darjah dirakam dengan menggunakan perakam video dan audio. Selain itu, pengkaji turut bertemu ramah dengan empat orang guru selepas pencerapan kelas. Perbualan dalam proses temu ramah antara kami dengan guru juga dirakam dengan menggunakan perakam audio sahaja. Semua rakaman kemudiannya ditranskrip dalam bentuk perkataan.
Berpandukan hasil analisis berdasarkan soal selidik, penyemakan dokumen rasmi sukatan dan teks BCSK serta temu ramah dengan guru, pengkaji membuat kesimpulan bahawa kurikulum BCSK tahun 1 yang ditawarkan di SK adalah sesuai untuk dipelajari oleh pelajar bukan penutur jati. |
---|