Steering Wheel Alignment JIG / Norakmal Maamor … [et al.]

Hampir 70% daripada penduduk Malaysia memiliki kereta. Tidak kiralah bagi yang berpendapatan rendah ataupun berpendapatan tinggi, yang pasti ialah mereka mesti memiliki sebuah kereta. Semasa mereka membeli kereta, perkara pertama yang mereka lakukan ialah mereka akan memasuki ruang kabin kereta dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Maamor, Norakmal, Abu Bakar, Mohd. Fauzi, Raja Md Yatim, Raja Shahrizal, Redzuan, Muhd Hazrin, Abd. Rahman, Norazlan
Format: Book Section
Language:English
Published: Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka 2012
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65942/1/65942.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65942/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Hampir 70% daripada penduduk Malaysia memiliki kereta. Tidak kiralah bagi yang berpendapatan rendah ataupun berpendapatan tinggi, yang pasti ialah mereka mesti memiliki sebuah kereta. Semasa mereka membeli kereta, perkara pertama yang mereka lakukan ialah mereka akan memasuki ruang kabin kereta dan seterusnya mereka akan memegang roda steering terlebih dahulu. Oleh yang demikian, persepsi pelanggan yang pertama dalam menentukan tahap kualiti kebagusan sesebuah kereta ialah kedudukan roda steering. Selain itu, kebiasaannya untuk menjamin keselamatan kereta itu sentiasa bagus, seorang pemilik kereta pasti akan menghantar kereta mereka ke pusat servis tayar untuk melakukan pengimbangan tayar (wheel balancing) dan seterusnya melakukan penjajaran tayar (wheel alignment). Akhirnya, selepas petugas pusat servis menyerahkan kunci, perkara pertama yang dilakukan oleh pelanggan ialah memastikan kedudukan steering adalah dalam keadaan tegak terlebih dahulu. Masalahnya ialah, bagi sebuah kereta yang baru diterima dari pusat jualan kereta ataupun pusat servis tayar ialah, pelanggan tidak berpuas hati dengan kedudukan roda steering yang mungkin akan senget sedikit dari pandangan mata walaupun keretanya itu bergerak lurus. Apakah fenomena ini biasa bagi sesebuah kenderaan yang mempunyai tayar baru? Apakah para pekerja pusat jualan atau servis tidak memeriksa terlebih dahulu kedudukan steering kereta sebelum kuncinya diserahkan kepada pelanggan? Berapakah sudut kecondongan steering yang biasa berlaku selepas proses penjajaran dilakukan? Bagi menjawab semua persoalan tersebut, maka Bahagian Proses Pembuatan Automotif telah mencipta sebuah alat yang dapat digunakan di pusat jualan ataupun pusat servis tayar kereta bagi mengurangkan kecacatan yang barangkali kita rasa ianya minoriti sahaja tetapi boleh menjejaskan reputasi sesebuah syarikat jualan atau pusat servis.