Adab penggunaan platform media sosial / Nurul Syafawani Halim and Sharina Salmi Azmi

Sedar atau tidak, hari ini kita lebih banyak menggunakan platform media sosial untuk berkomunikasi berbanding komunikasi interpersonal sesama manusia. Keadaan ini dilihat lebih ketara ketika seluruh dunia dilanda wabak Covid-19, di mana kita tidak dapat melakukan perjumpaan secara fizikal dan hanya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Halim, Nurul Syafawani, Azmi, Sharina Salmi
Format: Article
Language:English
Published: UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66984/1/66984.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66984/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Sedar atau tidak, hari ini kita lebih banyak menggunakan platform media sosial untuk berkomunikasi berbanding komunikasi interpersonal sesama manusia. Keadaan ini dilihat lebih ketara ketika seluruh dunia dilanda wabak Covid-19, di mana kita tidak dapat melakukan perjumpaan secara fizikal dan hanya berkomunikasi secara maya sahaja. Konsep komunikasi hari ini telah berubah seiring dengan peredaran zaman. Sebelum kemunculan media sosial, ucapan lisan yang disertai oleh bahasa tubuh, nada suara dan reaksi wajah menjadi medium utama komunikasi sesama manusia di dalam penyebaran sesuatu maklumat. Kini, hanya satu penulisan, gambar atau video yang dimuat naik ke laman media sosial sudah lengkap menjadi syarat perhubungan manusia. Kemunculan pelbagai aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, Wechat, Twitter, Youtube dan sebagainya pada zaman penggunaan teknologi yang serba canggih ini telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat terutamanya dari segi adab penggunaan media sosial itu sendiri serta penyampaian maklumat kepada masyarakat sekeliling.