Aksesibiliti terhadap peruntukan hak selepas bercerai dalam kalangan wanita di Kota Bharu / Mohd Khairul Anuar Ismail and Zanirah Mustafa@Busu
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Kelantan No. 6/2002 dan Negeri-negeri lain telah mengadakan peruntukan-peruntukan demi memastikan hak-hak wanita dijamin dan dilaksanakan seperti yang dituntut oleh Islam. Namun begitu, tidak dinafikan walaupun peruntukan disediakan, tetapi masih banyak be...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69847/1/69847.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69847/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Kelantan No. 6/2002 dan Negeri-negeri lain telah mengadakan peruntukan-peruntukan demi memastikan hak-hak wanita dijamin dan dilaksanakan seperti yang dituntut oleh Islam. Namun begitu, tidak dinafikan walaupun peruntukan disediakan, tetapi masih banyak berlaku di mana wanita diabaikan khususnya selepas bercerai. Aksesibiliti berhubung peruntukan hak-hak selepas bercerai merupakan satu keperluan bagi mempertingkatkan kesedaran dalam kalangan wanita seterusnya dapat mengelak daripada berlakunya pengabaian hak tersebut. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji aksesibiliti maklumat dalam kalangan wanita terhadap Undang-undang Keluarga Islam berkaitan hak-hak selepas bercerai. Maklumat kajian diperoleh melalui pengedaran 384 borang soal selidik kepada wanita sekitar Kota Bharu yang berumur 20 tahun ke atas. Pemilihan sampel adalah dilakukan secara rawak. Data dianalisis menggunakan pengisian Statistic Package For Sosial Science (SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa aksesibiliti berhubung hak selepas bercerai menurut undang-undang keluarga Islam dalam kalangan wanita di Kola Bharu secara keseluruhannya adalah didapati kurang memuaskan sama ada dari sudut pembacaan, penyertaan seminar, ceramah atau kursus berkaitan. Namun, majoriti mereka bersetuju memerlukan penerangan lanjut berhubung hak-hak selepas bercerai. |
---|