Analisa kesalahan pelajar bagi subjek statistik: taburan normal / Siti Balqis Mahlan, Maisurah Shamsuddin and Muniroh Hamat

Kompetensi pelajar dalam penyelesaian masalah yang melibatkan topik statistik perlu dipertingkat supaya kemahiran dan pengetahuan dapat didalami dan dipelajari dengan lebih efektif. Pelajar kerap mengulangi kesilapan dalam penyelesaian yang melibatkan pelbagai topik dalam subjek statistik di mana sa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mahlan, Siti Balqis, Shamsuddin, Maisurah, Hamat, Muniroh
Format: Article
Language:English
Published: Unit Penerbitan JSKM 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69935/1/69935.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69935/
https://appspenang.uitm.edu.my/sigcs/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Kompetensi pelajar dalam penyelesaian masalah yang melibatkan topik statistik perlu dipertingkat supaya kemahiran dan pengetahuan dapat didalami dan dipelajari dengan lebih efektif. Pelajar kerap mengulangi kesilapan dalam penyelesaian yang melibatkan pelbagai topik dalam subjek statistik di mana salah satunya adalah topik bagi taburan normal. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menentukan secara spesifk kesalahan yang kerap dilakukan oleh pelajar dalam penyelesaian jalan kerja bagi topik taburan normal. Sebanyak 45 skrip jawapan pelajar dianalisa untuk dijadikan sampel kajian. Kajian ini mendapati bahawa masih terdapat pelajar yang melakukan kesalahan jalan kerja dalam penggunaan Jadual Z iaitu Sifir Taburan Normal Piawai. Pelajar yang melakukan kesalahan ini didapati kurang mahir dalam konsep luas rantau bagi mendapatkan nilai kebarangkalian berdasarkan skor Z. Pelajar juga melakukan kesalahan yang sama bagi mendapatkan jawapan untuk skor Z apabila kebarangkalian bagi sesuatu soalan diberi. Secara keseluruhannya, pensyarah perlu menitikberatkan konsep luas rantau dan juga skor Z yang melibatkan kedua-dua tanda positif dan negatif semasa pengajaran dan pembelajaran bagi topik Taburan Normal. Malah, pensyarah juga perlu menekankan notasi dan istilah asas terutamanya perbezaan parameter seperti sisihan piawai dan varians bagi mengelakkan kekeliruan dan kesilapan dalam langkah kerja.