Nobat Kedah / Ahmad Shabri Mahmud

Negeri Kedah merupakan sebuah negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia dan ia dikenali sebagai Jelapang Padi Malaysia. Sawah padinya yang luas adalah bermula dari dataran kaki Gunung Jerai hinggalah ke negeri Perlis. Kedah yang asalnya merangkumi Perlis, Pulau Pinang dan Seberang Perai me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mahmud, Ahmad Shabri
Format: Student Project
Language:English
Published: 1993
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70570/1/70570.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70570/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Negeri Kedah merupakan sebuah negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia dan ia dikenali sebagai Jelapang Padi Malaysia. Sawah padinya yang luas adalah bermula dari dataran kaki Gunung Jerai hinggalah ke negeri Perlis. Kedah yang asalnya merangkumi Perlis, Pulau Pinang dan Seberang Perai mempunyai sejarah yang menarik. Ia adalah sebuah kerajaan Melayu tertua. Malah Kedah sudah ujud sebelum adanya Melaka. Banyak metes dan lagenda yang memperkatakan tentang pembukaan negeri Kedah ini. Ada yang mengatakan kononnya Kedah dibuka oleh Putera Merong Mahawangsa yang mengiringi Putera Rom untuk berkahwin dengan Puteri China. Burung Garuda telah menyerang kapal mereka semasa diperjalanan bertujuan untuk menggagalkan perkahwinan itu . Dari serangan itu kapal pun karam. Maka Putera Merong Mahawangsa hanyut dan terdampar di pantai. Dari situlah baginda membuka negeri Kedah. Agama hindu merupakan agama yang pertama memasuki negeri Kedah. Ini dikenalpasti adalah melalui bukti yang nyata dimana terdapatnya runtuhan candi hindu yang besar di kampung Batu Pahat di kaki Gunung Jerai Merbok.