Nilai budaya melayu dalam setem Pos Malaysia (Setem Perayaan Aidilfitri) / Nor Arseha Karimon … [et al.]
Setem diterbitkan bersempena dengan tema atau peringatan tertentu. Kajian ini bertujuan menganalisa visual yang digunakan dalam setem perayaan aidilfitri dalam masyarakat Melayu di Malaysia yang mempamerkan budaya masyarakat Melayu. Pemikiran kita tentang budaya dan bahasa telah banyak dirosakkan ol...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Art and Design
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/71266/1/71266.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/71266/ https://melaka.uitm.edu.my/ijad/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Setem diterbitkan bersempena dengan tema atau peringatan tertentu. Kajian ini bertujuan menganalisa visual yang digunakan dalam setem perayaan aidilfitri dalam masyarakat Melayu di Malaysia yang mempamerkan budaya masyarakat Melayu. Pemikiran kita tentang budaya dan bahasa telah banyak dirosakkan oleh ahli politik menyebabkan masyarakat Malaysia berpecah belah mengikut kaum. Penekanan terhadap sains dan teknologi pada era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad memungkinkan semua ini berlaku. Isu budaya ini semakin dibangkitkan dengan kemunculan isu tanglung dan tulisan jawi baru baru-baru ini. Isu perkauman dan agama ini jika tidak ditangani dengan berkesan, ia boleh menghancurkan Malaysia. Maka, kajian ini dilakukan bagi meneroka seni visual dari perspektif sosiobudaya, yang memperlihatkan perubahan gambaran visual setem pos sebagai rekod proses ketamadunan dengan mengkaji perubahan dalam amalan budaya masyarakat Melayu apabila beralih dari tahun yang berbeza. Kajian ini bertujuan untuk memulihara, dan mengenal pasti keutamaan yang mempengaruhi pengeluaran setem. Hasil dari kajian ini bertujuan untuk masyarakat Melayu dapat mengukuhkan perpaduan dan kepribadian serta jati diri dan identiti sebagai perlindungan khazanah warisan negara. Nilai budaya masyarakat Melayu merupakan amalan budi bahasa yang berlaku dalam kehidupan harian masyarakat Melayu. Budi bahasa yang baik merupakan budaya masyarakat Melayu yang penuh dengan tatatertib, kebajikan, tutur kata, kelakuan, kebijaksaan serta kesantunan. Kertas kerja ini memperlihatkan bagaimana nilai budaya Malaysia sentiasa menjadi amalan dan kebanggaan dalam Nilai Budaya Melayu dalam Setem Pos Malaysia (Setem Perayaan Aidilfitri) penghasilan setem perayaan Aidilfitri di Malaysia. Kajian ini akan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan pemerhatian, dan data perpustakaan. Kajian ini akan memfokuskan kepada setem perayaan Aidilfitri yang dikeluarkan bermula tahun 1996 hingga 2021. Penyelidikan ini akan memberi pengetahuan tentang nilai budaya Melayu melalui representasi penggunaan imej budaya Melayu di dalam setem. Kesimpulannya nilai budaya yang terdapat dalam setem pos perayaan Malaysia bertujuan supaya rakyat Malaysia menghargai tentang budaya dan nilai yang terdapat dalam masyarakat Melayu serta keindahan budaya yang sering dilihat ketika perayaan aidilfitri. Dengan kajian ini, pengkaji yang difikirkan akan memberi manfaat kepada peminat seni, penyelidik, peminat setem, dan ahli sejarah seni Malaysia. |
---|