Program Kasih Ramadhan FSKM 2022 / Jamilah Othman, Rosnani Abdullah and Nuralina Azlan
Bulan Ramadhan adalah bulan perlumbaan membuat kebaikan kerana ganjaran pahala membuat kebaikan akan digandakan oleh Allah. Perkara ini jelas dinyatakan dalam Al- Quran seperti mana firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72752/2/72752.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72752/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Bulan Ramadhan adalah bulan perlumbaan membuat kebaikan kerana ganjaran pahala membuat kebaikan akan digandakan oleh Allah. Perkara ini jelas dinyatakan dalam Al- Quran seperti mana firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18). Bulan Ramadhan juga dianggap sebagai madrasah untuk mendidik umatnya agar istiqamah meneruskan kebaikan untuk bulan-bulan yang lain. Terdapat banyak dalil yang menunjukkan kelebihan menjamu mereka yang berpuasa. Justeru, amat wajar bagi yang berkelapangan rezeki serta harta menjamu mereka yang berpuasa. Antara nas galakan Rasulullah SAW ialah: Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi).
Sehubungan itu, pada bulan Ramadhan tahun ini Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban telah mengambil inisiatif bersama- sama Persatuan Wanita (PEWANI) UiTM Cawangan Negeri Sembilan menganjurkan Program Kasih Ramadhan FSKM 2022. Program ini telah berlangsung pada 14 April 2022 bersamaan dengan 14 Ramadhan 1443 Hijrah. Objektif program ini diadakan adalah:
1. Menjalinkan silaturrahim antara staf dengan pelajar–pelajar FSKM dan masyarakat setempat.
2. Memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.
3. Menimbulkan semangat untuk berkongsi rezeki bersama komuniti yang memerlukan terutamanya dalam bulan Ramadhan. |
---|