Bahasa mandarin permulaan 1 : introductory mandarin level 1 / Ho Wee Chee ... [et al.]

Buku Bahasa Mandarin Permulaan I ini merupakan buku teks tahap pertama untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiga (B3) di UiTM. Namun demikian, buku ini juga sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan untuk para pelajar bukan penutur jati yang buat pertama kali mempelajari b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ho, Wee Chee, Lee, Ai Chat, Teo, Ai Min, Heng, Buai Chin, Chan, Jie Yan, Tay, Stephanie Cin Wun
Format: Book
Language:English
Published: UiTM Press
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72870/1/72870.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72870/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Buku Bahasa Mandarin Permulaan I ini merupakan buku teks tahap pertama untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiga (B3) di UiTM. Namun demikian, buku ini juga sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan untuk para pelajar bukan penutur jati yang buat pertama kali mempelajari bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua/bahasa ketiga (B2/B3). Hal ini dikatakan demikian kerana buku ini ditulis secara menarik dengan mewujudkan sembilan watak utama. Para pelajar akan didedahkan kepada aspek komunikasi bahasa Mandarin yang berlaku dalam kehidupan harian watak watak utama tersebut. Di samping itu, 68 kosa kata aksara Cina yang biasa digunakan juga turut diperkenalkan melalui buku ini. Secara tuntasnya, buku ini mengandungi enam bab dan 12 dialog yang bertemakan topik-topik perbualan harian yang berlainan. Sebagai permulaan, buku ini memperkenalkan Sistem Fonetik Pinyin terlebih dahulu. Seterusnya setiap bab dimuatkan dua dialog, senarai kosa kata, latihan pengukuhan struktur ayat, latihan bertulis, latihan menulis aksara Cina dan kosa kata tambahan. Para pelajar juga diberitahu fokus pembelajaran di awal setiap bab. Boleh dikatakan isi kandungan dialog-dialog dalam buku ini adalah direka khas agar menepati konteks sosial di Malaysia. Sesetengah kosa kata dan struktur tatabahasa yang lazim digunakan oleh masyarakat Cina di Malaysia turut dimuatkan dalam buku ini. Hal ini penting untuk menjamin para pelajar bukan penutur jati dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam konteks perbualan masyarakat Cina di Malaysia. Semoga buku ini dapat dimanfaatkan bersama oleh para pelajar, tenaga pengajar dan pengkaji yang menceburi ataupun berminat dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua/bahasa ketiga (B2/B3).