Program kerjasama STEM: Lets Learn Interactively (2) JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang bersama PPKI SMK Tasek Gelugor / Azlina Mohd Mydin
Pada 12 September 2022Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan satu program kerjasama dengan SMK Tasek Gelugor. Program kerjasama “Stem: Lets Learn Interactively (2)” ini merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dijalankan oleh warga JSKM. Pada tahun...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73200/1/73200.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73200/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Pada 12 September 2022Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan satu program kerjasama dengan SMK Tasek Gelugor. Program kerjasama “Stem: Lets Learn Interactively (2)” ini merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dijalankan oleh warga JSKM. Pada tahun ini, program ini diteruskan bersama-sama pelajar PPKI SMK TASEK GELUGOR. Seperti biasa pelbagai aktiviti yang menarik dirancang untuk murid-murid PPKI ini dan ianya dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Murid-murid akan dipecahkan kepada 4 kumpulan untuk memastikan penjarakan sosial antara fasilitator, murid dan guru. Semua fasilitator, murid dan guru juga digalakkan untuk memakai topeng muka. Seramai 32 org pelajar PPKI dan 16 orang fasilitator terlibat dalam program kali ini. Kali ini, 4 aktiviti yang dirancang adalah bernama ‘WHO AM I?’, InCeS, TeKnow dan Ketingting. Semua aktiviti ini adalah aktiviti belajar sambil bermain. Ini adalah bertujuan untuk menarik minat pelajar PPKI terhadap pelajaran. Kesemua permainan ini adalah produk inovasi dalam pembelajaran yang boleh diguna pakai oleh para pelajar tersebut. Kesemua pelajar bermain dalam kumpulan kecil dan dapat bermain keempat-empat permainan inovasi ini. Program STEM yang dijalankan ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman staf JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang disamping dapat menjalinkan hubungan komuniti bersama pihak sekolah. Dengan adanya program sebegini, staf dapat berkongsi kepakaran mereka bersama-sama murid-murid PPKI di SMK TASEK GELUGOR. Murid-murid pula dapat memperoleh dan menambah ilmu berkaitan teknologi. |
---|