Perjalanan seorang pejuang kanser / Siti Asmah Mohamed

Masa berlalu begitu pastas sekali. Rupanya sudah setahun lebih berlalu perjalanan suami ku sebagai seorang pejuang kanser. Mengimbau kembali saat sukar itu umpama mimpi yang baru sahaja berlalu. Semuanya masih tersimpan kemas dalam ruang ingatanku. Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa daripada kel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamed, Siti Asmah
Format: Article
Language:English
Published: Unit Penerbitan dan Publisiti JSKM 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74126/1/74126.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74126/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Masa berlalu begitu pastas sekali. Rupanya sudah setahun lebih berlalu perjalanan suami ku sebagai seorang pejuang kanser. Mengimbau kembali saat sukar itu umpama mimpi yang baru sahaja berlalu. Semuanya masih tersimpan kemas dalam ruang ingatanku. Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa daripada keluarga dan kenalan serta semangat yang kuat untuk pulih, segalanya dapat dilalui dengan baik dan dipermudahkan olehNya. Kini suami ku dalam fasa ‘remission’. Selepas suamiku disahkan menghidap kanser barulah aku sedar pentingnya pengetahuan tentang kanser, maklumat yang betul dalam rawatan kanser serta merujuk pada mereka yang lebih arif. Pada masa yang sama aku dapat mengelami perasaan ahli keluarga pesakit lain yang turut sama berjuang sebagai pejuang kanser. Dengan sedikit pengetahuan dan pengalaman sebagai penjaga kepada pesakit kanser serta pengalaman mengenali sahabat seperjuangan yang senasib, semoga perkongsian ini bermanfaat dan memberi gambaran yang lebih tepat tentang apa yang pesakit kanser lalui serta membuat kita untuk lebih cakna tentang kanser. Apabila mendapat berita diri atau ahli keluarga disahkan menghidap kanser seolah-oah seperti dijatuhkan hukuman mati. Benarkah kata orang, kanser membunuh dan tidak ada harapan lagi apabila disahkan menghidap kanser. Satu persepsi negatif yang mengaitkan kanser dengan mati. Sering kali stigma terhadap penyakit ini menyebabkan sesetengah individu khuatir untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan lanjut sedangkan hakikatnya, peluang kesembuhan terbuka luas, jangan menyerah kalah dan mengalah sebelum mencuba. Jika kita melihat kanser sebagai satu hukuman, maka kita akan nampak lemah dan putus asa. Lihatlah kanser sebagai satu ujian. Kenapa ujian? kerana dalam ujian ada persediaan, ada usaha dan ada kejayaan. Kanser bukan hukuman tapi peringatan yang hanya diberikan kepada orang terpilih olehNya sahaja.