Keberkesanan pembelajaran tulisan jawi di Sekolah Agama Bandar Segamat, Segamat, Johor Darul Takzim: kajian kes pencapaian pelajar-pelajar 1991 -1995 / Abdullah Said, Zainab Talib dan Hashim Majid

Tulisan jawi pada masa lalu diletakkan di bawah matapelajaran Bahasa Melayu yang diajarkan oleh para Guru Besar, bersinar semula setelah banyak resolusi di ambil dalam beberapa seminar khususnya mengenai perkara ini. Ramai di kalangan masyarakat yang mahukan tulisan jawi dikembalikan semula sebagai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Said, Abdullah, Talib, Zainab, Majid, Hashim
Format: Student Project
Language:English
Published: 1996
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74157/1/74157.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74157/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Tulisan jawi pada masa lalu diletakkan di bawah matapelajaran Bahasa Melayu yang diajarkan oleh para Guru Besar, bersinar semula setelah banyak resolusi di ambil dalam beberapa seminar khususnya mengenai perkara ini. Ramai di kalangan masyarakat yang mahukan tulisan jawi dikembalikan semula sebagai komponen Bahasa Melayu atas kapasiti tulisan jawi iaitu sebagai satu-satunya tulisan Bahasa Melayu yang digunakan di seluruh kepulauan Melayu sebelum disaingi oleh tulisan rumi pada abad ke 19. Dewasa ini tulisan jawi di letakkan dalam matapelajaran agama Islam dan diajar oleh guru-guru agama. Masa yang terhad untuk belajar dan mengenali tulisan jawi dirasakan tidak mencukupi. Usaha untuk coba menjadikan pembelajaran agama sepenuhnya menggunakan tulisan jawi adalah langkah yang baik dalam meninggikan lagi status tulisan jawi. Maju mundurnya sesuatu bahasa banyak bergantung pada keupayaan media penyebarnya, iaitu tulisan yang berkembang mengikut masa atau sekurang-kurangnya bertahan dalam gelombang peredaran zaman. Tidak ada yang lebih merugikan sesuatu bangsa selain daripada kegagalan mempertahankan tulisan bahasanya daripada ditelan gelombang itu. lnilah dilema yang tidak sewajarnya dipandang enteng oleh bangsa Melayu yang sejak zaman berzaman menggunakan tulisan jawi sebagai media penghubung bahasanya.