Laporan bengkel treasure hunt: kepimpinan melalui kerja berpasukan / Wan Anisha Wan Mohammad

Pada 19 Jun 2022 yang lalu, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Program “Treasure Hunt: Kepimpinan melalui kerja berpasukan’. Ia adalah salah satu program yang terbuka kepada seluruh warga JSKM sebagai salah satu aktiviti tahunan jabatan. Antara objekt...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Mohammad, Wan Anisha
Format: Article
Language:English
Published: Unit Penerbitan dan Publisiti JSKM 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74184/1/74184.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74184/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Pada 19 Jun 2022 yang lalu, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Program “Treasure Hunt: Kepimpinan melalui kerja berpasukan’. Ia adalah salah satu program yang terbuka kepada seluruh warga JSKM sebagai salah satu aktiviti tahunan jabatan. Antara objektif program adalah untuk mengeratkan perhubungan dan semangat kepimpinan antara warga sejabatan serta menggalakkan aktiviti bersukan dan beriadah di kalangan staf JSKM serta mengurangkan tekanan kerja. Program ini telah dijalankan bermula dari jam 7.30 pagi sehingga jam 3.00 petang. Program ini telah dijalankan di Farmstay Relau, Bandar Bahru, Kedah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program berlangsung. Setiap checkpoint telah menetapkan semua peserta menjalankan pelbagai tugasan seperti mengopek dan mengukir buah, memasak dan membuat air minuman, menghasilkan anyaman dalam pelbagai bentuk serta menghasilkan poster dan melakukan persembahan. Program ini telah dihadiri oleh 30 staf JSKM dengan kerjasama ahli keluarga staf. Program telah berjaya memupuk nilai kerjasama antara staf, semangat kerja berpasukan serta mengeratkan silaturrahim antara staf dan ahli keluarga. Program di akhiri dengan makan tengah hari dan makan buah-buahan tempatan seperti buah rambutan, manggis, dokong dan durian.