Mengesan pendekatan pengajaran konseptual dan prosedural yang digunakan oleh pensyarah fakulti TMSK UiTM Kelantan / Wan Norliza Wan Bakar … [et al.]
Matematik adalah satu bidang ilmu yang penting kerana kegunaannya yang meluas dalam sernua lapisan masyarakat. Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun memerlukan rakyat yang berketrampilan dalam matematik. Walaubagaimanapun, kajian-kajian terdahulu telah memberi gambaran secara umum senario p...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Research Reports |
Language: | English |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/75385/1/75385.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/75385/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Matematik adalah satu bidang ilmu yang penting kerana kegunaannya yang meluas dalam sernua lapisan masyarakat. Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun memerlukan rakyat yang berketrampilan dalam matematik. Walaubagaimanapun, kajian-kajian terdahulu telah memberi gambaran secara umum senario proses pengajaran dan pembelajaran matematik yang berlaku di Malaysia iaitu menitikberatkan pemikiran prosedural sahaja dan bukan menjadi seorang yang berketerampilan dalam matematik. Oleh itu, kajian kami ini berhasrat untuk menumpukan perhatian secara khusus terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di Fakulti TMSK, UiTM Kelantan. Objektif kajian kami ialah mengenalpasti samada pensyarah menggunakan kaedah pengajaran konseptual, kaedah pengajaran prosedural atau gabungan kaedah pengajaran konseptual dan prosedural, keberkesanan kaedah konseptual, prosedural dan gabungan kedua-dua kaedah tersebut terhadap pembelajaran pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Seramai 3 orang pensyarah dan 72 orang pelajar telah dilibatkan dalam kajian ini. Teknik pengumpulan data yang digunakan ialah pemerhatian, temubual, soalselidik dan hasil kerja pelajar. Pengumpulan data dimulakan dengan pemerhatian cara pengajaran pensyarah, diikuti dengan temubual pensyarah. Seterusnya, kajian diteruskan dengan soal-selidik dan mengumpulkan hasil kerja pelajar yang diberikan oleh pensyarah. Data-data pemerhatian clan temubual dijadualkan bagi mendapatkan klasifikasi kaedah pengajaran yang digunakan. Data soal-selidik dianalisis dengan menggunakan SPSS. Hasil kajian menunjukkan ketiga-tiga pensyarah melaksanakan gabungan kaedah pengajaran konseptual dan prosedural. Walaubagaimanapun, terdapat 2 pensyarah yang menumpukan penggunaan kaedah prosedural. Keberkesanan kaedah yang digunakan terbukti apabila pelajar mencapai peratus lulus yang tinggi dalam setiap subjek yang diajar oleh pensyarah. Oleh itu, adalah dicadangkan satu kajian masa hadapan untuk mengenalpasti implikasi kaedah pengajaran yang berbentuk gabungan kaedah konseptual dan prosedural dengan penekanan terhadap kaedah [rosedural dijalankan terhadap para pelajar. |
---|