Sifat-sifat anatomi dan morfologikal gentian kayu kelempayan / Junaiza Ahmad Zaki …[et al.]
Kelempayan (Neolamarckia cadamba) merupakan kayu keras daripada kumpulan kayu keras ringan. Kayu kumpulan ini amat bernilai tinggi sebagai pemegang tangga, batang mancis, pensil dan bahan kegunaan ringan yang lain. Ianya juga banyak digunakan untuk penghasilan perabot. Namun begitu, maklumat terperi...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77955/1/77955.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77955/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Kelempayan (Neolamarckia cadamba) merupakan kayu keras daripada kumpulan kayu keras ringan. Kayu kumpulan ini amat bernilai tinggi sebagai pemegang tangga, batang mancis, pensil dan bahan kegunaan ringan yang lain. Ianya juga banyak digunakan untuk penghasilan perabot. Namun begitu, maklumat terperinci kayu kelempayan ini masih lagi tidak mencukupi. Oleh yang demikian, kajian yang dijalankan ini adalah merangkumi aspek dalaman kayu yang merujuk kepada sifat-sifat anatomi dan ciri-ciri morfologi gentian kayu kelempayan. Sifat-sifat anatomi memfokuskan kepada kesan terhadap ketinggian pokok (atas, tengah dan bawah) menerusi kepadatan liang serta diameter liang. Manakala ciri morfologi gentian pula dikaji melalui aspek ketinggian pokok sertajarak daripada kulit danjarak daripada empulur yang merangkumi panjang gentian, diameter gentian serta diameter lumen gentian. Keputusan yang diperolehi menunjukkan sifat-sifat anatomi kelempayan adalah sangat signifikan terhadap ketinggian pokok. Bagi ciri morfologi gentian pula, hanya panjang gentian menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan berbanding diameter gentian dan diameter lumen gentian terhadap ketinggian pokok. Keputusan jarak daripada kulit ke empulur pula menunjukkan kesan yang sangat signifikan bagi panjang gentian dan diameter gentian tetapi tiada perbezaan bagi diameter lumen gentian. Keseluruhan sifat-sifat anatomi dan morfologi gentian kayu kelempayan ini menunjukkan kekuasaan Allah SWT yang membolehkan kita sebagai khalifah mengkaji bagi kepentingan serta pengetahuan terhadap kebesaranNya sekaligus diaplikasikan di dalam kehidupan seharian. |
---|