Festival kebudayaan Melayu 2023 di MGS/ Raja Rosila Raja Berahim and Dr. Nur Ilianis Adnan
Festival Kebudayaan Melayu yang bertujuan untuk memperkenalkan keunikan budaya masyarakat Melayu telah berlangsung di Malaysian-German Society (MGS) pada 15 Januari 2023. Seramai 110 orang tetamu telah hadir memeriahkan program yang dijalankan oleh Akademi Pengajian Bahasa (APB) Universiti Teknologi...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Academy of Language Studies
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78136/1/78136.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78136/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Festival Kebudayaan Melayu yang bertujuan untuk memperkenalkan keunikan budaya masyarakat Melayu telah berlangsung di Malaysian-German Society (MGS) pada 15 Januari 2023. Seramai 110 orang tetamu telah hadir memeriahkan program yang dijalankan oleh Akademi Pengajian Bahasa (APB) Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP). Selain dari pensyarah APB, pelajar yang sedang mempelajari Bahasa Inggeris, Bahasa Jerman dan Bahasa Perancis juga terlibat sebagai ahli jawatankuasa membantu menjayakan program ini. Festival ini telah berlangsung dengan meriah. Pelbagai acara kebudayaan telah dipersembahkan seperti gamelan, silat Melayu oleh ahli Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi dan Tarian P.Ramlee oleh para pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul. Selain itu, para pengunjung juga diberi tutorial ringkas cara memainkan gamelan. Hidangan masyarakat Melayu seperti nasi tomato, nasi briyani dan aneka lauk-pauk turut dapat dibeli di acara ini. Pelbagai kuih-muih tradisional Melayu seperti kuih koci, kuih talam dan kuih popia sira juga diniagakan. Selain itu, kraftangan tradisional berasaskan batik juga dijual. Para pengunjung dapat memainkan permainan tradisional seperti congkak, batu Seremban, dan jentik tudung botol. Aktiviti mewarna disediakan khusus untuk kanak-kanak. Acara mencanting batik mendapat sambutan baik daripada para pelawat. Selesai acara tersebut, mereka dapat membawa pulang karya mereka. |
---|