Penilaian kendiri keusahawanan pelajar tahun akhir pusat pengajian pengurusan gunaan, UiTM Cawangan Pahang / Zuria Akmal Saad, Azmi Salim and Naliza Solat

Dasar Pembagunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi telah diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2010. Dasar ini diperkenalkan bagi menggalakan penghasilan graduan yang mempunyai nilai, pemikiran dan ciri-ciri keusahawan seperti kreatif, inovatif, berdaya saing dan mampu mem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Akmal Saad, Zuria, Salim, Azmi, Solat, Naliza
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78733/1/78733.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78733/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Dasar Pembagunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi telah diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2010. Dasar ini diperkenalkan bagi menggalakan penghasilan graduan yang mempunyai nilai, pemikiran dan ciri-ciri keusahawan seperti kreatif, inovatif, berdaya saing dan mampu memberikan sumbangan kepada ekonomi negara. Rentetan itu, pembelajaran dan pengajaran ke arah keusahawanan telah diperkenalkan di universiti bagi memberikan pendedahan kepada pelajar pelajar mengenai konsep keusahawanan. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kendiri keusahawanan di kalangan para pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Pengurusan Gunaan, Fakulti Pengurusan Perniagaan di UiTM Pahang. Seramai 78 orang pelajar tahun akhir dari Program BM118 dan BM232 telah menjawab soal selidik ini. Semua data yang diperolehi melalui instrumen dianalisa secara statistik deskriptif dan korelasi dengan menggunakan SPSS 22.0. Kebolehpercayaan instrumen soal selidik ini telah diuji dan Alpha Cronbach yang diperolehi adalah 0.87. Nilai skor min menunjukkan kesemua item tahap penilaian kendiri keusahawan pelajar tahun akhir BM118 dan BM232 adalah pada tahap yang sederhana (min 3.72). Ujian Korelasi Pearson untuk hubungkait di antara pencapaian pelajar CGPA (tahap pencapaian akademik) dan Tahap Penilaian Kendiri Keusahawanan pula menunjukkan wujudnya korelasi positif yang signifikan tetapi lemah (0.286). Manakala hubungkait di antara Program dan Tahap Penilaian Kendiri Keusahawanan Pelajar menunjukkan bahawa wujudnya korelasi positifyang signifikan tetapi lemah iaitu sebanyak 0.11. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini mendapati tahap penilaian kendiri keusahawanan para pelajar tahun akhir kedua-dua program adalah berada pada tahap sederhana. Pelajar juga secara keseluruhannya menunjukkan mereka masih ada kebimbingan dan masih memikirkan tentang faedah sampingan (fringe benefits) yang biasanya diterima oleh mereka yang dibayar gaji. Keputusan kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada pihak yang berkenaan bagi membantu meningkatkan tahap pembentukan konsep kendiri keusahawanan yang positif di kalangan para pelajar UiTM secara keseluruhannya.