Penelitian terhadap kesediaan, motivasi dan faktor persekitaran murid bukan penutur natif terhadap pembelajaran dan pemudahcaraan karangan respon terbuka di sekolah antarabangsa Kuala Lumpur / Norfarsha Mohammad, Marzni Mohamed Mokhtar and Marni Jamil
Bahasa Melayu merupakan bahasa kedua bagi murid bukan penutur natif yag terdiri daripada pelbagai latar belakang yang mengamalkan bahasa ibunda mereka sendiri. Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, terdapat terdapat variasi kemahiran berbahasa yang diamalkan. Sistem pendidikan di Malaysia tel...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Academy of Language Studies
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82017/1/82017.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82017/ https://irole-uitm.com/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Bahasa Melayu merupakan bahasa kedua bagi murid bukan penutur natif yag terdiri daripada pelbagai latar belakang yang mengamalkan bahasa ibunda mereka sendiri. Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, terdapat terdapat variasi kemahiran berbahasa yang diamalkan. Sistem pendidikan di Malaysia telah menggariskan bahawa Bahasa Melayu wajib dipelajari oleh murid tanpa mengira kaum apabila di sekolah kerana berperanan sebagai bahasa pengantar dan bahasa kebangaan. Penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif bukanlahh sesuatu yang mudah dan bersifat kompleks. Hal ini demikian kerana rata-rata murid bukan penutur natif jarang bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan harian. Justeru, kajian ini akan memberikan pertimbangan terhadap tahap kesediaan, motivasi dan faktor persekitaran murid bukan penutur natif terhadap pembelajaran dan pemudahcaraan karangan respons terbuka di tiga buah sekolah antarabangsa Kuala Lumpur. Reka bentuk kajian kuantitatif akan digunakan untuk melengkapkan kajian ini. Seramai 143 daripada 225 murid sekolah antarabangsa peringkat menengah rendah akan dipilih secara rawak. Pemilihan bilangan sampel kajian adalah berdasarkan Kalkulator Saiz Sampel Raosoft (Raosoft, 2004). Teknik pengumpulan data yang terlibat dalam kajian ini ialah penggunaan dua set soal selidik iaitu Ujian Kecekapan Bahasa Melayu (UPBM_SR) dan Tahap Skor UPBM_SR; dan Borang Soal Selidik Kesediaan, Motivasi dan Faktor Persekitaran Murid Bukan Penutur Natif dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan Karangan Respons Terbuka. Dapatan kajian akan dianalisis menggunakan Ujian-T dan korelasi untuk menentukan skor min dan hubungan antara pembolehubah kajian. Justeru, kajian ini diharapkan dapat meningkatkan prestasi pelajar dan menarik minat pelajar bukan penutur asli di sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur untuk terus menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya dalam pelbagai bidang penulisan karangan. |
---|