Pengajaran pensyarah yang berkesan / Normala Ismail and Mohamad Kamil Ariff Khalid
Objektif utama kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pelajar terhadap ciri-ciri pengajaran pensyarah Ekonomi yang berkesan. Kajian ini merupakan satu kajian lapangan berdasarkan kajian rentas. Sampel kajian terdiri daripada dua ratus lapan puluh sembilan orang pelajar pelbagai bahagian dan progr...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82712/1/82712.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82712/ https://e-ajuitmct.uitm.edu.my/v3/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Objektif utama kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pelajar terhadap ciri-ciri pengajaran pensyarah Ekonomi yang berkesan. Kajian ini merupakan satu kajian lapangan berdasarkan kajian rentas. Sampel kajian terdiri daripada dua ratus lapan puluh sembilan orang pelajar pelbagai bahagian dan program pengajian dari salah sebuah universiti awam tempatan. Data dikutip dengan mengedarkan borang soal selidik setelah memperoleh kebenaran daripada pihak pengurusan universiti. Data dari kajian ini diproses dan dianalisis berasaskan pakej IBM Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Statistics 20. Hasil analisis varians menunjukkan persepsi pelajar terhadap pengajaran pensyarah Ekonomi di universiti terbabit tidak dipengaruhi oleh kehadiran pelajar ke kuliah, sama ada pelajar mempunyai asas dalam Kursus Ekonomi, minat dan program pengajian. Sebaliknya, ia adalah berdasarkan jantina, Kursus Ekonomi yang diambil, kategori pelajar dan bahagian pengajian. Kajian juga mendapati terdapat empat faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar terhadap pengajaran pensyarah, iaitu sikap dan sahsiah pensyarah, personaliti pensyarah, hubungan pensyarah dengan pelajar dan pensyarah dalam pengajaran. Kajian turut menyarankan agar setiap pensyarah dapat menguasai isi kandungan pelajaran dengan baik di samping mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai isi pelajaran supaya mereka lebih berkeyakinan dan dapat menyampaikan pengajaran dengan baik. |
---|