Bentuk-bentuk ketidakpatuahan cukai: kajian ke atas Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) sektor pembinaan di Malaysia / Muhammad Aqbal Mashadi ... [et al.]

Ketidakpatuhan cukai merupakan satu isu berterusan yang dihadapi oleh kebanyakan badan pentadbir cukai termasuklah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). LHDNM mendefinisikan ketidakpatuhan cukai sebagai kegagalan seseorang individu atau satu entiti untuk mendaftar, menghantar borang cukai dal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mashadi, Muhammad Aqbal, Ramli, Rosiati, Palil, Mohd Rizal, Jaffar, Romlah
Format: Article
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83018/1/83018.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83018/
https://e-ajuitmct.uitm.edu.my/v3/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Ketidakpatuhan cukai merupakan satu isu berterusan yang dihadapi oleh kebanyakan badan pentadbir cukai termasuklah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). LHDNM mendefinisikan ketidakpatuhan cukai sebagai kegagalan seseorang individu atau satu entiti untuk mendaftar, menghantar borang cukai dalam tempoh masa yang ditetapkan, melaporkan jumlah pendapatan yang betul, dan membayar cukai. Kajian-kajian lepas di Malaysia mendapati bahawa sektor pembinaan khususnya perniagaan kecil dan sederhana (PKS) mempunyai penglibatan yang tinggi dalam ketidakpatuhan cukai. Namun begitu, didapati bahawa dalam kajian-kajian lepas tersebut tidak menjelaskan bentuk-bentuk tindakan ketidakpatuhan cukai dan jenis-jenis perniagaan yang berada dalam kategori PKS sektor pembinaan yang paling cenderung tidak patuh cukai. Oleh itu, kajian ini memfokuskan usaha untuk mengenal pasti perlakuan cukai (patuh atau tidak patuh) dan menjelaskan bentuk-bentuk ketidakpatuhan cukai (daftar, hantar, lapor, dan bayar) yang dilakukan serta hubungan antara jenis perniagaan dengan gelagat pematuhan cukai di kalangan PKS sektor pembinaan di Malaysia. Dapatan kajian ini menunjukkan 44% sampel PKS sektor pembinaan tidak patuh cukai, manakala jenis perniagaan kejuruteraan awam didapati paling dominan melakukan ketidakpatuhan cukai dan tindakan tidak atau lewat hantar borang cukai merupakan bentuk ketidakpatuhan cukai yang dominan dilakukan oleh PKS. Analisis kajian juga menunjukkan bahawa jenis perniagaan PKS sektor pembinaan mempengaruhi gelagat pematuhan cukai. Dapatan kajian ini boleh memberi nilai tambah kepada literatur cukai dan seterusnya boleh dijadikan sebagai input penting kepada pihak LHDNM bagi membolehkan pihak LHDNM untuk merangka strategi pematuhan cukai yang lebih berkesan.