Projek-projek pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang menang di Do Good Challenge musim 1 / Mohd Ikmal Fazlan Rozli @ Rosli, Kay Dora Abd Ghani and Suria Sulaiman

Pertandingan Do Good Challenge merupakan kolaborasi di antara UiTM dengan rakan strategik Good Virtues Co. (GVC) dan Malaysian Youth Community (MYC). Pertandingan ini berperanan sebagai platform para mahasiswa UiTM mengimplementasikan idea yang inovatif untuk menyelesaikan permasalahan sosial yang d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rozli @ Rosli, Mohd Ikmal Fazlan, Abd Ghani, Kay Dora, Sulaiman, Suria
Format: Monograph
Language:English
Published: Academy of Language Studies 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/84055/1/84055.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/84055/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Pertandingan Do Good Challenge merupakan kolaborasi di antara UiTM dengan rakan strategik Good Virtues Co. (GVC) dan Malaysian Youth Community (MYC). Pertandingan ini berperanan sebagai platform para mahasiswa UiTM mengimplementasikan idea yang inovatif untuk menyelesaikan permasalahan sosial yang dihadapi oleh negara atau komuniti dalam pelbagai aspek. Pertandingan ini terbahagi kepada lima fasa. Fasa 1 bermula pada November 2022, merupakan jelajah ke kampus-kampus UiTM se-Malaysia telah dijalankan oleh GVC untuk menggalakkan pelajar menghantar idea inovatif masing-masing. Pada masa yang sama, GVC berpeluang mempromosikan produk syarikatnya. Daripada 7,200 penyertaan dari UiTM seluruh Malaysia, hanya 25 penyertaan berjaya terpilih ke Fasa 2 pada akhir Januari 2023. Mereka yang terpilih telah menyertai Boot Camp selama 3 hari 2 malam di Hotel De Palma, Shah Alam pada bulan Februari 2023 biayaan pihak penaja. Di situ para peserta dilatih oleh fasilitator jemputan dari GVC dan MYC tentang penyediaan kertas kerja, pembentangan, promosi media dan kerja berpasukan. Daripada 25 penyertaan yang berjaya, enam darinya diwakili UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP). Sebelum menyertai Fasa 2, para peserta UiTMCPP diberi taklimat dan bantuan awal untuk menghadapi fasa-fasa seterusnya oleh barisan penasihat yang terdiri daripada para pensyarah yang berpengalaman, termasuklah Encik Noor Azli Affendy Lee dari Akademi Pengajian Bahasa sebagai penyelia utama kepada semua finalis mulai dari Fasa 2. Setelah selesai Boot Camp, para peserta diberi tempoh seminggu untuk menyedia dan menghantar kertas kerja cadangan projek masing-masing.