Kemeriahan program CIS Day 2023 / Ts Fairus Azwan Azizan and Ts Ir Noraziyan Abd Aziz

Civil Inter-batch Day 2023 merupakan satu program aktiviti riadah yang dijalankan untuk seluruh warga Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA), UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMPP). Program ini diadakan pada 14 Januari 2023 di Padang A, UiTMPP anjuran Acedemic Advisory Unit (AAU) dan telah mendapat kerjasam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azizan, Fairus Azwan, Abd Aziz, Noraziyan
Format: Monograph
Language:English
Published: Unit Penerbitan FKAPP 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86667/1/86667.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86667/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Civil Inter-batch Day 2023 merupakan satu program aktiviti riadah yang dijalankan untuk seluruh warga Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA), UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMPP). Program ini diadakan pada 14 Januari 2023 di Padang A, UiTMPP anjuran Acedemic Advisory Unit (AAU) dan telah mendapat kerjasama dengan Penang Civil Engineering Student’s Society Unit (PCES). Program riadah ini adalah sebagai salah satu aktiviti pertemuan santai diantara para pelajar dan juga penasihat akademik PKA dengan melakukan aktiviti-aktiviti luar sambil bersukan. Aktiviti sukan ini melibatkan keseluruhan pelajar PKA iaitu pelajar diploma semester 1 sehingga semester 5 dan juga pelajar ijazah semester 1 sehingga semester 8 seramai 950 pelajar bersama penasihat akademik iaitu terdiri daripada 95 orang pensyarah. Program riadah ini bermula jam 7.30 pagi sehingga 8.00 pagi dengan para peserta membuat pendaftaran dan berkumpul di atas padang mengikut rumah sukan yang telah ditetapkan. Sebanyak 9 rumah sukan telah ditetapkan iaitu hitam, ungu, biru, emas, kelabu, putih, kuning, merah, hijau. Selepas ketibaan para tetamu, aktiviti diteruskan dengan membaca doa, nyanyian lagu Negaraku dan ucapan perasmian pembukaan oleh Ketua Pusat Pengajian, Dr Hj Anas Ibrahim. Kemudian akitiviti diteruskan dengan sesi regangan badan iaitu Zumba dan seterusnya pertandingan Cheers mengikut setiap rumah sukan.