Mesyuarat khas Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam menjelang akreditasi program EC221 / Norlizan Wahid ... [et al.]

Satu program Mock Accreditation telah diadakan pada 21-22 Jun 2022 sebagai persediaan untuk mempersiapkan semua ahli Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam UITMCPP bagi menghadapi lawatan Engineering Accreditation Council (EAC) yang akan berlangsung pada 12-13 Oktober 2022. Dua orang panel telah dijemput...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wahid, Norlizan, Ahmad, Hazrina, Ismail, Badrul Nizam, Osman, Muhammad Hafeez
Format: Monograph
Language:English
Published: Unit Penerbitan FKAPP 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86884/1/86884.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86884/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Satu program Mock Accreditation telah diadakan pada 21-22 Jun 2022 sebagai persediaan untuk mempersiapkan semua ahli Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam UITMCPP bagi menghadapi lawatan Engineering Accreditation Council (EAC) yang akan berlangsung pada 12-13 Oktober 2022. Dua orang panel telah dijemput bagi menilai persediaan yang dibuat oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam untuk lawatan Akreditasi nanti. Panel-panel tersebut adalah: 1. Prof Madya Ir. Dr. Zakaria Hussain daripada Pengajian Kejuruteraan Elektrik, UiTM Cawangan Pulau Pinang 2. Ir. Dr. Mustaqqim Bin Abdul Rahim, Pensyarah Kanan daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Antara hasil dapatan yang perlu diberi perhatian segera adalah: • Terdapat pensyarah yang tidak mengetahui dan masih kurang faham tentang Program Outcome (PO) yang dipetakan kepada kursustertentu • Kebanyakkan pensyarah yang ditemubual masih kurang faham mengenai spesifikasi WP dan WK di dalam Complex Problem Engineering • Kebanyakkan pelajar masih kurang mengetahui tentang perlaksanaan OBE dan apa itu Program Outcome • Pelajar tidak menyedari kewujudan system myReflection Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat khas diadakan bagi meneliti semula hasil dapatan Mock Accreditation tersebut dan memastikan setiap ahli Pusat Pengajian dapat membuat persediaan sewajarnya menjelang akreditasi yang berlangsung dalam bulan Oktober 2023. Mesyuarat Khas tersebut dimulakan dengan Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam dan Ketua Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam iaitu Dr. Anas Ibrahim dan Dr. Muhammad Faizal Pakir membentangkan hasil dapatan daripada program Mock Accreditation yang telah dijalankan.