Bengkel Aggregate Quality Quantification bersama staf THB Maintenance Sdn. Bhd. / Rozaini Ramli ... [et al.]

Pada 22 November 2022 telah berlangsungnya satu bengkel bertajuk “Aggregate Quality Quantification” Bersama Staf THB Maintenance (THBM) Sdn. Bhd. Seramai 17 orang peserta dari kalangan staf THBM telah menyertai dan seramai 6 orang staf dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA) UiTM Cawangan Pula...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ramli, Rozaini, Abd Rahman, Zanariah, Mansor, Syahirah, Abd Aziz, Noraziyan
Format: Monograph
Language:English
Published: Unit Penerbitan FKAPP 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86952/1/86952.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86952/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Pada 22 November 2022 telah berlangsungnya satu bengkel bertajuk “Aggregate Quality Quantification” Bersama Staf THB Maintenance (THBM) Sdn. Bhd. Seramai 17 orang peserta dari kalangan staf THBM telah menyertai dan seramai 6 orang staf dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berkhidmat sebagai penceramah dan fasilitator. Staf yang terlibat terdiri daripada Mohamad Azrul Aswad, Noraziyan Abd Aziz, Rozaini Ramli, Suzana Ahmad, Syahirah Mansor dan Zanariah Abd Rahman. Program latihan ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada kakitangan dari THBM dalam pengendalian alat-alat ujikaji yang berkaitan dengan ujian kualiti ke atas aggregat. Seperti yang diketahui, kandungan agregat di dalam bancuhan turapan berbitumen melebihi 90% daripada keseluruhan ataupun 80% daripada keseluruhan isipadunya. Fungsi utama agregat ialah menanggung beban yang dikenakan kepada turapan. Oleh itu, prestasi sesuatu turapan sangat bergantung kepada kualiti agregat yang digunakan. Terdapat dua sesi yang terlibat sepanjang program ini, di mana peserta didedahkan dengan sesi ceramah secara teori terlebih dahulu dan kemudian sesi praktikal secara “hands on”. Gambar 1 dan Gambar 2 menunjukkan dua sesi yang berbeza iaitu sesi ceramah dan sesi praktikal.