Bengkel pemantapan prosedur operasi standard bahagian Room Division Hotel UiTM / Joesri Mohamad Saber, Mastura Abdul Ghani and Mohd Zool Fadli Ibrahim
Industri hospitaliti sentiasa berkembang, selari dengan trend, teknologi terkini dan pilihan tetamu muncul secara tetap. Dalam industri yang sangat kompetitif, di mana tetamu mempunyai banyak pilihan untuk dipilih, menyediakan perkhidmatan yang luar biasa dan penginapan yang tidak dapat dilupakan ad...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Hotel & Tourism Management, UiTM Pulau Pinang
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87863/1/87863.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87863/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Industri hospitaliti sentiasa berkembang, selari dengan trend, teknologi terkini dan pilihan tetamu muncul secara tetap. Dalam industri yang sangat kompetitif, di mana tetamu mempunyai banyak pilihan untuk dipilih, menyediakan perkhidmatan yang luar biasa dan penginapan yang tidak dapat dilupakan adalah penting. Kakitangan Room Division yang terlatih dan bermotivasi boleh menyumbangkan perbezaan ketara dalam kepuasan tetamu, yang membawa kepada maklumbalas yang positif, tempahan berulang dan pemasaran dari mulut ke mulut. Bahagian Room Division Hotel UiTM Shah Alam, Dungun dan Pulau Pinang telah menganjurkan satu bengkel pemantapan prosedur operasi standard bahagian Room Division buat julung kalinya bagi menambahbaik prosedur yang sedia ada sejajar dengan trend dan amalan yang terkini dalam industri perhotelan di Malaysia. Bengkel tersebut telah dilaksanakan pada 25 hingga 27 Julai 2023 bertempat di Hotel UiTM Dungun, Terengganu. Sebilangan besar kakitangan Room Division dari kesemua Hotel UiTM telah diminta untuk menyertai bengkel ini yang melibatkan seramai 33 orang peserta. Bengkel ini diilhamkan oleh kesemua pengurus hotel dari 4 buah Hotel UiTM di seluruh Malaysia pada awal 2023 yang lalu bertujuan agar semua operasi standard dapat diseragam dan diselaraskan dengan lebih baik. Perjalanan bengkel ini terbahagi kepada empat segmen yang penting di dalam operasi harian bahagian Room Division iaitu perkhidmatan kaunter hadapan, kaedah penggunaan perisian hotel, prosedur pengemasan bilik dan tatacara perkhidmatan laundri. |
---|