Keperluan pembangunan portal keusahawanan tahfiz di negeri Selangor / Nur Farhanah Izzati Turiman
Pada hari ini, pengguna atau pembeli Malaysia lebih cenderung membeli secara atas talian. Hal ini kerana barang-barang mudah didapati selaras dengan penggunaan internet yang telah bertambah dari semasa ke semasa. Konsep e-dagang dapat memberi kelebihan kepada penjual dari sudut pemasaran dan juga da...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2023
|
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88905/1/88905.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88905/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Pada hari ini, pengguna atau pembeli Malaysia lebih cenderung membeli secara atas talian. Hal ini kerana barang-barang mudah didapati selaras dengan penggunaan internet yang telah bertambah dari semasa ke semasa. Konsep e-dagang dapat memberi kelebihan kepada penjual dari sudut pemasaran dan juga dapat meningkatkan hasil jualan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menyelesaikan masalah pemasaran produk dan perkhidmatan yang tidak efektif menyebabkan lambakan produk keusahawanan Institusi Tahfiz Swasta (ITS) di pasaran Malaysia kerana ITS menggunakan medium pemasaran berasingan dan menyumbang kepada ketidakseragaman aktiviti keusahawanan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti produk keusahawanan tahfiz yang berada di pasaran negeri Selangor, menghuraikan strategi pemasaran berkesan untuk produk keusahawanan Institusi Tahfiz Swasta (ITS) dan menganalisis keperluan pembangunan portal bersepadu bagi produk keusahawanan Institusi Tahfiz Swasta (ITS) di negeri Selangor. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif kajian kes untuk mengumpul data melalui temu bual semi-struktur terhadap pengetua/pengarah/pengasas ITS terpilih di Malaysia dan pakar-pakar dalam bidang keusahawanan di Universiti Awam (UA) serta Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa ITS terlibat dalam pelbagai aktiviti keusahawanan seperti pertanian dan penternakan, produk makanan dan keperluan rumah serta perkhidmatan. |
---|