Menyingkap sejarah kajian sains perpustakaan dan pengesanan alumni melalui wawancara sejarah lisan bersama Mohd Taib Mohamed / Jannatul Sofia Nasaruddin ... [et al.]

Penyelidikan ini menyingkap sejarah Kajian Sains Perpustakaan sehingga tertubuhnya Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), dan pengesanan graduan yang merupakan salah seorang pelajar dan alumni yang pernah berkecimpung dalam bidang Kajian Sains Perpustakaan dan Maklumat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nasaruddin, Jannatul Sofia, Wan Juliem, Wan Noorasekin, Azman, Kamarul Azwan, Md. Jali, Jafalizan
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92412/1/92412.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92412/
https://jslim.uitm.edu.my/index.php/jurnalterbit
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Penyelidikan ini menyingkap sejarah Kajian Sains Perpustakaan sehingga tertubuhnya Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), dan pengesanan graduan yang merupakan salah seorang pelajar dan alumni yang pernah berkecimpung dalam bidang Kajian Sains Perpustakaan dan Maklumat pada tahun 1973. Kajian ini dijalankan untuk merungkai latar belakang tokoh sepanjang zaman pengajiannya di fakulti tersebut dengan lebih mendalam. Selain itu, kajian ini juga ingin mengenalpasti sejarah FPM secara khusus sepanjang tempoh pengajian tokoh di fakulti berkenaan. Kajian ini turut menekankan tentang cabaran yang dihadapi oleh tokoh sepanjang kerjaya beliau sebagai seorang pustakawan yang berwibawa. Kaedah yang diterapkan dalam menjalankan kajian ini adalah dengan mengadakan rujukan silang sumber sejarah lisan, melaksanakan kerja-kerja mentafsir sejarah lisan, menjalankan kajian lanjut terhadap topik yang difokuskan, dan mengetengahkan koleksi sejarah lisan. Kajian ini telah menemukan pengkaji dengan seorang tokoh iaitu Encik Mohd Taib bin Mohamed yang merupakan salah seorang alumni UiTM bagi tahun 1973. Melalui kajian ini pengkaji berharap agar kajian mengenai tokoh dalam bidang ini dapat memberi pendedahan berkenaan bidang Kajian Sains Perpustakaan kepada masyarakat sekaligus dapat melahirkan produk UiTM yang berkualiti tinggi dan sejajar dengan tokoh yang terkenal dalam bidang lain.