Labu sayong warisan kraftangan Kuala Kangsar, Perak / Nurul Shanilza Jamel, Saidatul Khodijah Jamal and Mazlina Pati Khan
Artikel ini menerangkan tentang seni warisan kraftangan Labu Sayong yang amat terkenal di Perak terutamanya di kawasan Kampung Kepala Bendang, Kuala Kangsar, Perak. Labu Sayong ini sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia malah Labu Sayong ini juga sudah menjadi simbol kemegahan...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92424/1/92424.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92424/ https://jslim.uitm.edu.my/index.php/jurnalterbit |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Artikel ini menerangkan tentang seni warisan kraftangan Labu Sayong yang amat terkenal di Perak terutamanya di kawasan Kampung Kepala Bendang, Kuala Kangsar, Perak. Labu Sayong ini sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia malah Labu Sayong ini juga sudah menjadi simbol kemegahan negeri Perak. Kepentingan kajian yang diperolehi daripada hasil kajian ini ialah dapat meningkatkan penyelidikan mengenai Labu Sayong ini seterusnya dapat memberi lebih pengetahuan kepada komuniti tentang kepentingan Labu Sayong ini agar tidak lapuk ditelan zaman. Kajian dilaksanakan menggunakan kaedah kajian kualitatif iaitu temubual lisan bersama seorang responden yang juga merupakan seorang pakar pembuat Labu Sayong generasi ke-lima. Dapatan dari hasil kajian ini adalah berkaitan tentang bahan-bahan pembuatan Labu Sayong, cara-cara pembuatan dan jenis Labu Sayong. Bahan utama yang diperlukan untuk membuat Labu Sayong ialah tanah liat. Tanah liat yang elok, diambil satu kaki dari permukaan bumi kerana keadaan tanah tersebut elok dan sesuai untuk digunakan semasa proses pembuatan Labu Sayong. Cara pembuatan Labu Sayong juga terbahagi kepada dua jenis iaitu, kaedah tradisional dan moden. Kaedah tradisional menggunakan seratus peratus penggunaan tangan dari pengambilan tanah liat hingga ke proses pembuatan. Manakala kaedah moden pula menggunakan mesin khas bagi memproses tanah liat untuk dijadikan Labu Sayong. |
---|