Melakar jejak rencam anakronisme batik kontemporari negara: Nik Mohd. Faiz Nik Mohamed Amin / Fadhrullah Hakim Yusop ... [et al.]

Makalah ini akan mengetengahkan penukilan memoir biografi daripada penulis berkenaan penggiat seni penghasilan batik kontemporari negara iaitu Nik Mohd. Faiz Nik Mohamed Amin, anak jati Kelantan yang telah memberi serba banyak bentuk sumbangan dalam mengharumkan nama negara di persada global. Artike...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yusop, Fadhrullah Hakim, Nik Azlee, Nik Anis Syamimi, Ahmad, Mohd Nazir, Mazlan, Mazwani Ayu
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92539/1/92539.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92539/
https://jslim.uitm.edu.my/index.php/jurnalterbit
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Makalah ini akan mengetengahkan penukilan memoir biografi daripada penulis berkenaan penggiat seni penghasilan batik kontemporari negara iaitu Nik Mohd. Faiz Nik Mohamed Amin, anak jati Kelantan yang telah memberi serba banyak bentuk sumbangan dalam mengharumkan nama negara di persada global. Artikel ini akan memberi gambaran menyeluruh kepada dinamika gaya dan pendekatan ketokohan yang dimiliki melibatkan maklumat latar belakang diri tokoh, penubuhan kedua-dua syarikat perniagaan beliau iaitu Ruzz Gahara dan Rumah Gahara, pengalaman beliau dalam menerajui Pertubuhan Kraf Malaysia, sumbangan dan pencapaian beliau di peringkat nasional dan antarabangsa, serta titipan pandangan, cadangan dan kata-kata nasihat bagi generasi muda yang berkeinginan tinggi dalam menceburi bidang seni penghasilan batik kontemporari. Artikel ini berpaksikan kepada sumber pembacaan dan kajian penulis terhadap tokoh serta berpandukan kepada sumber utama iaitu dokumentasi lisan. Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai satu bahan rujukan ilmiah kepada peminat seni kraftangan tanah air yang ingin mengenali dengan lebih dekat penggiat-penggiat seni serta mengkaji keistimewaan yang dimiliki oleh setiap mereka. Selain itu, kajian ini penting demi kelangsungan generasi akan datang serta dapat mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang seni penghasilan batik kontemporari agar mereka dapat menjadikan beliau sebagai teladan dan juga sumber rujukan.