Permainan warisan gasing piring / Nur Mastura Mohd Muhaimi ... [et al.]

Gasing Piring merupakan salah satu permainan tradisional yang terdapat di Malaysia yang telah diwarisi dari zaman ke zaman sejak dulu lagi. Gasing Piring dimainkan bagi melihat tempoh masa ianya mampu berpusing. Gasing yang mampu berpusing lebih lama akan dikira sebagai pemenang. Oleh yang demikian,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Muhaimi, Nur Mastura, Ismail, Nur Shuhadah, Nik Ariffin, Nik Azliza, Mohd Yunus, Dr. Alwi
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92636/1/92636.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92636/
https://jslim.uitm.edu.my/index.php/jurnalterbit
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Gasing Piring merupakan salah satu permainan tradisional yang terdapat di Malaysia yang telah diwarisi dari zaman ke zaman sejak dulu lagi. Gasing Piring dimainkan bagi melihat tempoh masa ianya mampu berpusing. Gasing yang mampu berpusing lebih lama akan dikira sebagai pemenang. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji keunikan permainan warisan Gasing Piring yang cukup terkenal di Negeri Kelantan. Gasing Piring ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dari segi cara pembuatan hinggalah cara permainannya. Kajian ini dijalankan bagi tujuan pendokumentasian sejarah lisan tentang sejarah permainan warisan Gasing Piring di Malaysia yang dipercayai bermula di Kota Jembal, Kelantan. Artikel ini menerangkan tentang asal usul Gasing Piring, proses pembuatan serta mengetahui cabaran yang dihadapi dan langkah-langkah bagi memartabatkan dan memelihara permainan warisan Gasing Piring. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana temu bual diadakan bersama seorang tokoh penggiat permainan warisan Gasing Piring yang terkenal di Negeri Kelantan iaitu Encik Ismail bin Mohamed atau lebih dikenali sebagai “Abang Nor”.