Perbandingan pencapaian kursus matematik dalam kalangan pelajar ijazah kejuruteraan lepasan Politeknik dan lepasan Matrikulasi dalam subjek Kalkulus Untuk Jurutera: kajian kes pelajar semester satu, UiTM Cawangan Pulau Pinang / Siti Asmah Mohamed, Nurhafizah Ahmad and Fadzilawani Astifar Alias

Kursus matematik merupakan kursus teras yang wajib diambil oleh pelajar yang mengikuti program kejuruteraan dan pelajar perlu lulus untuk memenuhi syarat penganugerahan ijazah. Kegagalan pelajar serta pencapaian yang kurang memuaskan dalam kursus matematik turut memberi kesan negatif kepada prestasi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed, Siti Asmah, Ahmad, Nurhafizah, Alias, Fadzilawani Astifar
Format: Article
Language:English
Published: Unit Penerbitan JSKM 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94435/1/94435.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94435/
https://appspenang.uitm.edu.my/sigcs/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Kursus matematik merupakan kursus teras yang wajib diambil oleh pelajar yang mengikuti program kejuruteraan dan pelajar perlu lulus untuk memenuhi syarat penganugerahan ijazah. Kegagalan pelajar serta pencapaian yang kurang memuaskan dalam kursus matematik turut memberi kesan negatif kepada prestasi individu dan keseluruhan kepada institusi. Persepsi akan pencapaian subjek matematik dari kalangan pelajar lepasan Politeknik dikatakan tidak memberangsangkan berbanding pelajar lepasan Matrikulasi. Justeru itu kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti perbezaan keputusan peperiksaan bagi subjek Kalkulus Untuk Jurutera di kalangan pelajar lepasan diploma Politeknik dan pelajar lepasan Matrikulasi. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang melibatkan analisis penilaian kursus matematik pelajar berdasarkan kerja kursus dan peperiksaan akhir. Sampel kajian adalah seramai 29 orang pelajar yang dipilih dari program kejuruteraan. Keputusan analisis data menunjukkan bahawa pencapaian pelajar lepasan Matrikulasi adalah lebih baik (p<0.05; t=-2.083) berbanding pelajar dari lepasan diploma Politeknik dan seterusnya mempengaruhi perbezaan pencapaian ini adalah signifikan pada aras keyakinan 0.05. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar lepasan diploma Politeknik tidak mengambil mata pelajaran matematik tambahan sewaktu peperiksaan SPM. Seterusnya mempengaruhi keputusan peperiksaan pelajar lepasan Politeknik semester satu dalam subjek Kalkulus. Kajian ini akan melihat kebenaran persepsi dan mencadangkan beberapa langkah yang mungkin dapat diambil bagi memperbaiki masalah ini.