Kemurungan remaja dan kaedah menanganinya menurut perspektif Islam / Shahril Nizam Zulkipli … [et al.]

Kemurungan remaja adalah suatu keadaan yang sinonim dengan perasaan sedih, murung, kesal, tidak bahagia, menderita dan hilang minat untuk melakukan segala bidang yang dilakukan sehingga menghilangkan potensi diri. Isu tersebut berada pada tahap yang membimbangkan meskipun pelbagai pendekatan telah d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zulkipli, Shahril Nizam, Suliaman, Ishak, Zainal Abidin, Mohd Syukri, Anas, Norazmi, Che Ahmat, Amin, Mohamad, Mohd Afifuddin
Format: Article
Language:English
Published: Center for Islamic Philantrophy & Social Finance (CIPSF) 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/99930/1/99930.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/99930/
http://www.cipsf.my/index.php/publication/journals/jipsf/archives/issue/article/september-2023
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Kemurungan remaja adalah suatu keadaan yang sinonim dengan perasaan sedih, murung, kesal, tidak bahagia, menderita dan hilang minat untuk melakukan segala bidang yang dilakukan sehingga menghilangkan potensi diri. Isu tersebut berada pada tahap yang membimbangkan meskipun pelbagai pendekatan telah diambil untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Statisitik pertambahan kes kemurungan remaja saban tahun menunjukkan keperluan terhadap pemerkasaan usaha pencegahan sedia ada memandangkan integrasi terapi kerohanian dalam memelihara kesejahteraan mental telah diterima oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Justeru, kajian bertujuan untuk mengkaji literatur berkaitan kemurungan remaja di Malaysia dan kedudukannya dalam perspektif Islam. Metodologi kajian yang digunakan adalah melalui pendekatan kualitatif secara analisis dokumen menggunakan kajian perpustakaan untuk mendapatkan data berkaitan isu dan latar belakang kemurungan remaja di samping pandangan Islam dan peranannya dalam menangani isu tersebut. Hasil kajian mendapati wujudnya fenomena kemurungan remaja dengan faktor yang pelbagai melalui peringkat pendidikan yang berbeza. Syariat Islam juga telah menyentuh mengenai isu ini dengan beberapa kajian yang mencadangkan psikoterapi Islam sebagai rawatan komplimentari yang dilihat mampu mendorong kepada kesejahteraan fizikal dan mental dalam usaha membina benteng pencegahan kemurungan remaja selain mengembalikan mereka kepada fitrah.