Fenomena penempatan komuniti Melayu bandar di tanah wakaf: kajian di Georgetown, Pulau Pinang

Komuniti Melayu kelas bawahan di bandar-bandar utama di Malaysia yang tidak memiliki kediaman tetap sering menjadi mangsa perpindahan demi perpindahan lantaran anjakan pembangunan dari semasa ke semasa. Rata-rata kawasan kediaman bandar yang sebelumnya bermula sebagai sebuah kampung kini telah terha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yahaya, I.
Format: Article
Published: University of Malaya 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/11191/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Description
Summary:Komuniti Melayu kelas bawahan di bandar-bandar utama di Malaysia yang tidak memiliki kediaman tetap sering menjadi mangsa perpindahan demi perpindahan lantaran anjakan pembangunan dari semasa ke semasa. Rata-rata kawasan kediaman bandar yang sebelumnya bermula sebagai sebuah kampung kini telah terhapus dan diganti atau berubah statusnya menjadi kawasan penempatan setinggan yang begitu jelik dan janggal kedudukannya dalam sebuah bandar yang sedang berkembang maju. Sesungguhnya penghapusan status kampung dalam bandar sewajarnya ditangani dengan bijaksana agar permasalahan penempatan setinggan tidak akan menjadi suatu wabak yang menyakitkan anggota bandar yang lain. Kawasan penempatan sedemikian bukan sahaja menunjukkan permasalahan sosioekonomi, tetapi kini telah menjadi suatu fenomena sosiobudaya di kalangan komuniti Melayu bandar. Tidak dinafikan etnik lain juga menduduki kawasan setinggan ini, tetapi jumlahnya terlalu kecil berbanding etnik Melayu. Masalah ini semakin parah akhir-akhir ini apabila pendatang Indonesia mula mendirikan "mini Jakarta" di sekitar kawasan pembangunan elit di pusat Bandaraya Kuala Lumpur. (disalin dari artikel).