Kehadiran barat dan kesannya terhadap kesusasteraan Melayu

Sejarah di alam Melayu menyaksikan bagaimana daerah tersebut pernah menerima campurtangan dan pengaruh luar. Selain Hinduisme dan Islam, kehadiran penjajah Barat, khususnya pihak kolonial British di Tanah Melayu dikatakan memberikan kesan yang signifikan terhadap perkembangan politik, ekonomi dan so...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd. Zariat, A.R.
Format: Article
Published: University of Malaya 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/11456/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Description
Summary:Sejarah di alam Melayu menyaksikan bagaimana daerah tersebut pernah menerima campurtangan dan pengaruh luar. Selain Hinduisme dan Islam, kehadiran penjajah Barat, khususnya pihak kolonial British di Tanah Melayu dikatakan memberikan kesan yang signifikan terhadap perkembangan politik, ekonomi dan sosial masyarakatnya. Bidang yang turut tidak ketinggalan menerima kesan daripada kolonialisasi itu ialah kesusasteraan Melayu, yang dianggap mengalami perubahan yang signifikan kesan daripada kehadiran orang Barat. Pandangan ini antaranya terkandung dalam Syarahan Pengukuhan Syed Muhammad Naquib Al Attas (seterusnya Al Attas) yang menganggap bahawa kesusasteraan Melayu selepas era penjajahan telah teranjak daripada semangat dan tradisi Islam akibat campurtangan orang Barat. Sehubungan itu, Al Attas menganggap bahawa penobatan Abdullah bin Abdul Kadir sebagai "Bapa Kesusasteraan Melayu Maden" merupakan satu daripada "bikinan" orang Barat dalam usaha untuk menyerlahkan kesignifikanan kehadiran mereka di alam Melayu.