Aspek Konjugasi dalam buku Perbualan De Houtman (1603)

Pada 21 Mac 1595, empat buah kapal Belanda memulakan pelayaran dari Tessell ke Alam Melayu. Setelah melalui pelbagai kesukaran, akhirnya mereka sampai ke Bantam, Jawa pada 22 Jun 1596 (van Leur 1960:3). Kejayaan pelayaran pertama ke Alam Melayu ini telah membawa kepada pelayaran kedua. Dalam pelayar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Karimian, H.
Format: Article
Published: University of Malaya 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/11457/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Description
Summary:Pada 21 Mac 1595, empat buah kapal Belanda memulakan pelayaran dari Tessell ke Alam Melayu. Setelah melalui pelbagai kesukaran, akhirnya mereka sampai ke Bantam, Jawa pada 22 Jun 1596 (van Leur 1960:3). Kejayaan pelayaran pertama ke Alam Melayu ini telah membawa kepada pelayaran kedua. Dalam pelayaran kedua, mereka telah sampai ke Aceh pada tahun 1598. Sesungguhnya, kedatangan orang Belanda ke Alam Melayu ini telah membawa lembaran baru dalam sejarah linguistik Melayu. Orang-orang Belanda ini, khususnya para pedagang dan mubaligh Kristian mula membuat daftar kata Melayu dan juga mula menulis tatabahasa Melayu. Dalam pelayaran pertama yang diketuai oleh Cornelius de Houtman, orang Belanda sudah menghasilkan daftar kata Melayu. Walaupun daftar kata ini hanya mengandungi 156 perkataan, namun ia membuktikan bahawa orang Belanda amat berminat dengan bahasa Melayu. Minat orang Belanda terhadap bahasa Melayu amat menyerlah dengan terhasilnya buku perbualan Spraeck ende woordboeck, inde Maleysche ende Madagaskarsche Talen (1603) yang ditulis oleh Frederick de Houtman (1603). Beliau bukan sahaja menulis daftar kata, malah turut menyisipkan aspek tatabahasa bahasa Melayu. Aspek tatabahasa yang dipaparkan dalam bukunya ialah aspek konjugasi.