Reformasi pendidikan Islam dalam pentadbiran Arab Hadhrami di Johor dari 1909-1934

Masyarakat Arab Hadhrami terbukti telah memainkan peranan yang signifikan dalam membantu pembangunan sosio ekonomi di Johor. Peranan ini dapat dilihat melalui autoriti yang dipegang dalam hal ehwal ekonomi, politik dan sosial di negeri tersebut. Kemahiran dan kepakaran yang dimiliki mereka terserlah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Fauzi, N., Ismail, S., Suhaimi, A.Q.M.
Other Authors: Ahmad, K.
Format: Book Section
Published: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/12645/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Description
Summary:Masyarakat Arab Hadhrami terbukti telah memainkan peranan yang signifikan dalam membantu pembangunan sosio ekonomi di Johor. Peranan ini dapat dilihat melalui autoriti yang dipegang dalam hal ehwal ekonomi, politik dan sosial di negeri tersebut. Kemahiran dan kepakaran yang dimiliki mereka terserlah apabila golongan ini berjaya menarik perhatian istana Johor untuk mengetuai organisasi keagamaan bersangkutan dengan undang-undang dan pendidikan Islam secara khusus. Menariknya, berbanding dengan negeri lain di seluruh Tanah Melayu, sejarah pentadbiran Johor menyaksikan penglibatan seramai enam orang ulama Arab HAdhrami dilantik sebagai mufti. Penglibatan kedua-dua ulama Arab Hadhrami ini dalam institusi yang melibatkan sektor pentadbiran dan pendidikan Islam sebelum hadir ke Johor menjana titik perkembangan yang bermakna bagi masyarakat Islam di negeri Johor. Kajian ini secara khususnya akan menilai martabat dan kedudukan pendidikan Islam yang diangkat statusnya sewaktu istana Johor ditadbir oleh ulama Arab Hadhrami dalam tempoh 1909-1933M.