Konsep maslahah dalam keperluan rawatan dan aplikasinya dalam rawatan materniti

Maslahah merupakan salah satu elemen yang diambilkira apabila membincangkan tentang maqasid di sebalik pensyariatan dan penentuan hukum semasa. Dalam rawatan materniti, pengambilkiraan aspek maslahah dapat memastikan tercapainya objektif rawatan tersebut dalam bentuk manfaat yang akan diperolehi ole...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, S.K., Ahmad, R., Abd Ghani, A.
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/13064/1/22.pdf
http://eprints.um.edu.my/13064/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Language: English
Description
Summary:Maslahah merupakan salah satu elemen yang diambilkira apabila membincangkan tentang maqasid di sebalik pensyariatan dan penentuan hukum semasa. Dalam rawatan materniti, pengambilkiraan aspek maslahah dapat memastikan tercapainya objektif rawatan tersebut dalam bentuk manfaat yang akan diperolehi oleh pesakit dan mengangkat sebarang kemudaratan daripada mereka. Kekeliruan dalam menentukan kategori maslahah semasa rawatan menimbulkan kesamaran dalam membuat keputusan bentuk rawatan mengikut prioriti yang betul menurut syarak. Hal ini secara tidak langsung membawa kepada memilih prosedur rawatan yang tidak menepati indikasi perubatan dan menyimpang daripada garis panduan syarak. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan untuk mengenengahkan konsep maslahah dalam rawatan materniti dan analisisnya menurut syarak. Melalui analisis terhadap indikasi perubatan bagi rawatan materniti dan huraian aspek maslahah oleh ulama’ usul mendapati bahawa setiap prosedur rawatan berdasarkan indikasi perubatan mempunyai kategori maslahah yang berbeza. Faktor kondisi individu juga mempengaruhi perbezaan ini. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi input tambahan ke arah penambahbaikan perkhidmatan materniti semasa di Malaysia.