Mengkagumi syari’at Islam menerusi ayat Al-Qur’an : Satu penilaian dari sudut saintifik

Ilmu I’jaz al-Qur’an terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya I’jaz Balaghi, Ilmi, Lughawi, Falaki, Adadi, Thibbi, I’lami, Tabi’i dan Tasyri’i. Kepelbagaian mukjizat ini membuktikan bahawa ia merupakan kitab dari Allah s.w.t yang diutuskan kepada umat manusia untuk dijadikan panduan hidup. Antar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Aziz, Azniwati, Ibrahim, Mohamed Akhiruddin, Mohd Yusoff, Mohd Yakub @ Zulkifli
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/14005/1/%28245-260%29.pdf
http://eprints.um.edu.my/14005/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Language: English
Description
Summary:Ilmu I’jaz al-Qur’an terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya I’jaz Balaghi, Ilmi, Lughawi, Falaki, Adadi, Thibbi, I’lami, Tabi’i dan Tasyri’i. Kepelbagaian mukjizat ini membuktikan bahawa ia merupakan kitab dari Allah s.w.t yang diutuskan kepada umat manusia untuk dijadikan panduan hidup. Antara kumukjizatan yang boleh diperhatikan terdapat dalam kitab suci ini ialah I’jaz Tasyri’i. Oleh itu artikel ini menumpukan kajian terhadapnya melalui pandangan para sarjana mengenai ayat al-Qur’an yang membincangkan keunikan syari’at Islam. Ia bertujuan untuk melihat kehebatan dan keunggulan al-Qur’an khususnya dalam bidang syariah dari pandangan sains. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah dengan mengumpul contoh ayat al-Qur’an dalam bidang tersebut kemudian dibuat klasifikasi mengikut aspek ibadat, muamalat, uqubah, dan ahwal sakhsiyyah. Hujah saintifik yang dikemukakan oleh ilmuan terhadap ayat berkenaan dalam menilai hikmah pensyariatan dipamerkan dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati, dari sudut saintifiknya bahawa syariat yang diutuskan oleh Allah s.w.t melalui kitab-Nya adalah untuk kebaikan umat manusia itu sendiri. Maka ia secara tidak langsung membuktikan bahawa Pencipta bagi sesuatu adalah lebih mengetahui tentang hakikat, kelebihan dan kelemahan makhluk yang dicipta-Nya.