Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan berteraskan pembangunan insan
Dalam realiti masa kini, antara isu utama dalam konteks pembangunan masyarakat adalah isu yang berkaitan dengan persoalan membangunkan masyarakat yang harmoni, sejahtera dan berjaya. Yang pasti teras utama ke arah melahirkan masyarakat yang diidamkan itu adalah melalui penjanaan masyarakat berasaska...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.um.edu.my/3123/1/S4_RoslanMohamad.pdf http://eprints.um.edu.my/3123/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaya |
Language: | English |
Summary: | Dalam realiti masa kini, antara isu utama dalam konteks pembangunan masyarakat adalah isu yang berkaitan dengan persoalan membangunkan masyarakat yang harmoni, sejahtera dan berjaya. Yang pasti teras utama ke arah melahirkan masyarakat yang diidamkan itu adalah melalui penjanaan masyarakat berasaskan pemantapan nilai-nilai murni secara kolektif. Dengan berpaksinya nilai-nilai murni, ianya akan melahirkan sebuah masyarakat yang memiliki kesejahteraan yang sebenarnya. Justeru akan lahirlah situasi masyarakat yang aman bahagia, keamanan yang berpanjangan dan kesejahteraan yang berkekalan. Situasi tersebut akan lahir dalam konteks merangkumi kesejahteraan individu, keluarga bahkan dalam konteks bernegara.
Untuk menuju ke arah tersebut, maka membangunkan masyarakat dengan berpaksikan elemen pembangunan insan adalah jalan yang mesti dilalui dan ianya perlu diaplikasikan dan diperkukuhkan ke dalam seluruh anggota masyarakat. Pembangunan insan yang dimaksudkan adalah pencernaan akhlak dan moral yang menyeluruh berasaskan ajaran Islam seperti semangat bekerjasama, nasihat menasihati, beramanah dan bertanggungjawab dalam semua keadaan.
Dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut, pastinya terdapat pelbagai cabaran semasa. Kertas yang dikemukakan ini akan cuba menelesuri realiti pembangunan masyarakat yang memiliki nilai-nilai kesejahteraan yang kolektif dan kaitannya dengan isu pembangunan insan.
2
Realitinya, pembangunan insan adalah nadi dan jantung utama dalam kerangka untuk membangunkan sesebuah masyarakat yang maju, proaktif dan berinovatif.
Dalam konteks pelaksanaan eleman pembangunan insan tersebut, pastinya terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh sesebuah masyarakat. Justeru, kertas ini juga akan cuba melihat persoalan cabaran dan setakat mana ianya dapat diselesaikan oleh matlamat pembangunan insan yang bersifat menyeluruh di mana akhirnya akan mampu melahirkan masyarakat yang sejahtera dan bahagia. |
---|