Penambahbaikan peranan pegawai tadbir di PTj akademik: Penjenamaan pengurus pentadbiran PTj akademik, Universiti Malaya

Peranan Pegawai Tadbir dalam melaksanakan urusan pentadbiran di Universiti bukanlah satu tugasan baharu yang perlu dikaji semula dari aspek deskripsi tugas, meskipun skop pengurusan mungkin berubah mengikut peredaran masa. Tugas dan tanggungjawab Pegawai Tadbir di PTj Akademik melangkah setapak maju...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kamal Amir, Noor Lailatul Marini, Hassim, Kamarul Fairuz, Ab. Hamid, Wan Nooraini, Kachi Maiden, Mohd Nasruddin, Abd Rahim, Rozaini
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/35230/1/Puan%20Noor%20Lailatul%20Marini%20Kamal%20Amir.pdf
http://eprints.um.edu.my/35230/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Language: English
Description
Summary:Peranan Pegawai Tadbir dalam melaksanakan urusan pentadbiran di Universiti bukanlah satu tugasan baharu yang perlu dikaji semula dari aspek deskripsi tugas, meskipun skop pengurusan mungkin berubah mengikut peredaran masa. Tugas dan tanggungjawab Pegawai Tadbir di PTj Akademik melangkah setapak maju ke hadapan untuk mencapai misi dan visi universiti. Usaha dan dedikasi Pegawai Tadbir dalam mengurus sistem pentadbiran diumpamakan seperti darah yang mengalir dalam tubuh seseorang, yang mana jika tidak diuruskan dengan baik boleh berlaku kekejangan dalam aliran urus tadbir di PTj. Universiti Malaya telah mengangkat peranan ini dan melaksanakan anjakan paradigma dengan mengubah nomenclature baharu Pegawai Tadbir ke Pengurus (Pentadbiran). Ia dilaksanakan di PTj Akademik sahaja dan peranan Pengurus (Pentadbiran) telah diperluas dalam skop yang menyeluruh sebaris dengan peranan Timbalan Dekan. Urusan pentadbiran di Bahagian Akademik, Sumber Manusia (termasuk kewangan), Penyelidikan, Penjanaan Pendapatan, Keterlihatan, Pembangunan (Infrastruktur & ICT) dan Pendokumentasian, Akreditasi & Audit diletakkan di bawah bidang kuasa Pengurus (Pentadbiran). Perubahan ini telah memberi suntikan baharu kepada Pengurus (Pentadbiran) melalui transformasi global dalam aspek kepimpinan. Eksasais ini dapat mengangkat peranan Pegawai Tadbir dan melatih aspek kepimpinan dalam membuat keputusan, meningkatkan keyakinan, membentuk strategi berimpak tinggi dan memperkasa komunikasi dalam kepelbagaian bidang. Pemerkasaan Pegawai Tadbir ke Pengurus (Pentadbiran) boleh menjadi penanda aras kepada institusi pengajian tinggi yang lain dalam membudayakan kepimpinan global dan menyediakan pelapis ke arah jawatan pentadbiran lebih tinggi dengan melihat kaedah yang bersesuaian merujuk bidang tujahan institusi.