Sistem pengurusan bengkel akademia / Wan Azlee Wan Abdullah

Sistem Pengurusan Bengkel Akademia (SPBA) adalah sistem yang akan dibangunkan dengan tujuan dapat menguruskan maklumat-maklumat penting yang perlu disimpan oleh sesebuah organisasi khususnya Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Ma1aya(FSKTM). Ia membolehkan proses pengemaskinia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Azlee, Wan Abdullah
Format: Thesis
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/10155/1/Wan_Azlee_Wan_Abdullah.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/10155/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Description
Summary:Sistem Pengurusan Bengkel Akademia (SPBA) adalah sistem yang akan dibangunkan dengan tujuan dapat menguruskan maklumat-maklumat penting yang perlu disimpan oleh sesebuah organisasi khususnya Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Ma1aya(FSKTM). Ia membolehkan proses pengemaskinian, capaian dan menukar data menjadi lebih mudah serta mempunyai ciri-ciri keselamatan. Ia akan membantu kakitangan akademik dan kakitangan sokongan yang dipertanggungjawab untuk menyelenggara data dan maklumat dengan lebih sistematik dan efektif. Di samping itu ia dapat dijadikan prosedur piawai untuk menguruskan bengkel dan pada masa yang sama sistem ini mampu menggalakkan perkongsian makiumat. Pembangunan SPBA ini adalah untuk menggantikan sistem manual yang sedia ada dalam semua pengurusan perancangan mengenai sesuatu bengkel dibuat secara talian. Kewujudan SPBA akan mampu mempercepatkan dan memudahkan lagi proses pengurusan bermula di peringkat perancangan sehinggalah ke peringkat perlaksanaan dari segi tempat, masa, tarikh, peserta program, program tentatif, penginapan serta persiapan dan teknikal yang semuanya berasaskan talian (online) dan ini yang menggalakkan kewujudan SPBA di dalam membantu kakitangan akademik dan kakitangan sokongan(ad-hoc) pengurusan bengkel, FSKTM. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Active Server Page, Visual Basic Script, Java Script, Adobe Photoshop, HTML dan Microsoft Acces 2000. Kajian dan penyelidikan yang dibuat melalui pelbagai cara telah menghasilkan suatu analisis dan seterusnya rekabentuk SPBA. Analisis ini mengambil kira pelbagai faktor termasuk keperluan pengguna, risiko yang bakal dihadapi, antaramuka pengguna, hasil yang dijangkakan dan spesifikasi yang diperlukan. Analisis ini telah dipindahkan kepada bentuk logikal dalam fasa rekabentuk di mana dari sini pembangunan fasa implementasi lebih mudah dilakukan. Sistem yang bakal dihasilkan diharap akan memberi manafaat kepada pengguna dan menjadi salah satu sumber penting memperolehi maklumat dan menyelenggara data.